LATAR BELAKANG

Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), UMP telah diwujudkan pada 28 Februari 2007 yang sebelumnya dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Islam. Perubahan dari unit kepada pusat bertujuan untuk meluaskan lagi skop kerja bahagian seiring dengan penubuhan UMP yang dahulunya dikenali dengan KUKTEM. Ia bertanggungjawab menjalankan program pembangunan insan di kalangan warga UMP selaras dengan matlamat melahirkan modal insan yang seimbang dari sudut mental, fizikal, emosi dan rohani. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berbentuk latihan, bengkel, seminar, kursus, ceramah dan sebagainya yang menjurus kepada pemantapan kefahaman Islam serta nilai-nilai murni universal dan penghayatannya di dalam kehidupan seharian.

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN)

Universiti Malaysia Pahang

Kami komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai  pusat rujukan agama yang menawarkan khidmat nasihat dan latihan serta menguruskan masjid secara efisyen, cekap, ikhlas dan profesional di Universiti Malaysia Pahang.

 

  • Memastikan sebarang kemusykilan agama yang diajukan oleh staf dan pelajar dijawab secara 'on-line' atau lisan atau telefon selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam.
  • Memastikan solat berjamaah lima waktu didirikan tidak melebihi lima belas (15) minit selepas azan.
  • Memastikan setiap aduan berkaitan pengurusan masjid diambil tindakan dalam tempoh masa tiga (3) hari berkerja.
  • Menjalankan program Tazkirah atau Ceramah peringkat Universiti dan Pusat Tanggungjawab sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan.
  • Menjalankan program Praktikal Ibadah kepada staf dan pelajar  UMP sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.

VISI & MISI

VISION

MELAHIRKAN WARGA UNIVERSITI YANG BERTAQWA

MISION

MEMPROMOSI ISLAM & MENGISI PROGRAM KEROHANIAN BAGI MEMBENTUK INSAN RABBANI