Aluan Pengarah

Assalamualaikum
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya laman Portal Rasmi Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dapat dipaparkan kepada umum. Kami sangat mengalu-alukan anda semua melayari Portal Rasmi Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN).
Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), UMP telah diwujudkan pada 28 Februari 2007 yang sebelumnya dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Islam. Perubahan dari unit kepada pusat bertujuan untuk meluaskan lagi skop kerja bahagian seiring dengan penubuhan UMP yang dahulunya dikenali dengan KUKTEM. Ia bertanggungjawab menjalankan program pembangunan insan di kalangan warga UMP selaras dengan matlamat melahirkan modal insan yang seimbang dari sudut mental, fizikal, emosi dan rohani. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berbentuk latihan, bengkel, seminar, kursus, ceramah dan sebagainya yang menjurus kepada pemantapan kefahaman Islam serta nilai-nilai murni universal dan penghayatannya di dalam kehidupan seharian.
Kami berharap dengan kewujudan portal ini dapat memberi informasi lebih lanjut mengenai PIMPIN. Pihak kami juga mengalu-alukan pandangan dan pendapat serta maklumbalas yang membina agar dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kami.
VISI
MELAHIRKAN WARGA UNIVERSITI
YANG BERTAQWA
MISI
MEMPROMOSI ISLAM DAN
MENGISI PROGRAM ROHANI
BAGI MEMBENTUK INSAN RABBANI
“ Selamat melayari Portal Rasmi PIMPIN “
Dr. Rashidi bin Abbas
Pengarah
Pusat Islam & Pembangunan Insan
Universiti Malaysia Pahang