DI SEBALIK SOSOK TUBUH IBU

Oleh: Ustaz Muhammad Farid Mohd Idris, Pembantu Hal Ehwal Islam

Sewaktu berada dalam kandungan selama 9 bulan 10 hari, Ibu terpaksa menahan sakit alahan,sakit pinggang, tidur yang tidak lena kerana pergerakan kita di dalam perut. Namun, Ibu tetap mengusap lembut perutnya dan berdoa semoga kita dapat lahir dengan selamat.

Saat tibanya waktu kelahiran, Ibu berperang antara hidup dan mati. Mengerah segenap tenaga yang tersisa dalam badan sewaktu bersalin melahirkan kita. Segalanya selamat dan Ibu mengukir senyuman puas walaupun merasai jerihnya perjuangan melahirkan kita.

IMG 20201201 112717

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng di dinding rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan  mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit  "Saya Tak Mahu Pergi Sekolah".

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita langsung tidak menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang  bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur  12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan, Kita membalas budi Ibu dengan berkata “Ibu Tak Ada Taste Laa".

Apabila  kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

ibu tua menangis air mata 768x480

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.  Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana meraikannya bersama kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih saying apabila sampai ke asrama kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di dalam kereta kerana takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin sama ada kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!".

Apabila kita berumur 21 tahun,  Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Saya Tak Mahu Jadi Macam Ibu!!".

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan  baju untuk kita memulakan kerja baru.

Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita telah berumahtangga. Ibu menangis dan meluahkan rasa gembira betapa berharganya kita di mata Ibu. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer  jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang ni dah tak sama dengan zaman Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan jemputan majlis kenduri di kampung halaman. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata " Saya sibuk!!!!".

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian , pada suatu  hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Hanya tinggal penyesalan yang terbuku dan tidak sudah.

Sayangilah dan kasihilah Ibu kita sebelum terlewat.