TUDUHAN RASUAH PENYEBAB SEORANG BEKAS MAJISTRET INSAF

Pekan, 27 Mac 2019 - Seramai 200 orang peserta dari kalangan orang awam, komuniti setempat dan mahasiswa UMP Pekan menghadiri program “Ku Temui Tuhan Di Penjara” bertempat di Dewan Kuliah Utama, PBMSK, UMP Pekan.

1

Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP Pekan telah menjemput Encik Firdaus Ramlan sebagai panel jemputan. Beliau merupakan bekas majistret yang pernah dipenjarakan dan sepanjang program ini berlangsung beliau berkongsikan pengalaman beliau sepanjang berada di penjara, kehidupan sebagai seorang banduan dan perjalanan beliau dalam mencari tuhan ketika di dalam penjara. Selain itu, panel program turut mengupas pengajaran isu integriti dan rasuah yang menjadi topik hangat dikalangan natizen hari ini.

2

Alhamdulillah, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga UMP dan komuniti setempat. Semoga program seumpama ini dapat diterap dan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk memperhebatkan lagi keizzahan UMP bukan hanya dalam bidang teknologi malah dalam aspek pembinaan modal insan dan pembangunan insaniah.

BEDAH FILEM MUNAFIK 2 HANGATKAN KARNIVAL MAHABBAH 9.0

Gambang, 27 Mac 2019 - Bersempena Karnival Mahabbah 9.0, Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP Pekan dengan kerjasama Kolej Kediaman 1,2,3,4 UMP Gambang telah menganjurkan program Bicara Mistik.

1

Pihak penganjur telah menjemput Dr Mahyuddin Ismail, Pensyarah Kanan dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan UMP yang juga merupakan Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan  UMP  bagi mengupas isu mistik dengan dunia realiti dan solusi gangguan mistik melalui bedah filem Munafik 2.

2

Seramai 250 orang peserta dari kalangan mahasiswa UMP telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis ilmu ini. Semoga program-program berunsur kerohanian dan pembudayaan ilmu seperti ini terus subur di bumi UMP sejajar dengan visi Pusat Islam & Pembangunan Insan “Melahirkan Warga Universiti Yang Bertaqwa”.

3

150 ORANG MAHASISWA HADIR SESI PERKONGSIAN PENGEMBARAAN BERMOTOSIKAL KE MAKKAH

Gambang, 26 Mac - Telah berlangsungnya program Travelog Backpackers bertempat di Dewan Astaka, UMP Gambang yang dianjurkan oleh Pusat Islam dan Pembangunan UMP dengan kerjasama Shazuna Consultancy and Training.

1

Program yang dihadiri seramai  150 orang peserta ini telah disampaikan oleh  seorang panel  yang berpengalaman luas iaitu En. Mohd Zuhdi dari Shazuna Consulting. Dalam ucapannya, beliau berkongsikan pengalaman beliau sendiri dalam siri kembara bermotosikal ke Mekah serta cabaran yang dihadapi sepanjang perjalanan. Program ini berlangsung secara santai dan mempunyai pengisian yang padat serta menarik minat mahasiswa dalam perkongsian tersebut.

2

Para peserta dalam program kali ini bertuah kerana didedahkan dengan begitu banyak input berguna dan pelbagai perkongsian yang menarik dari penceramah. Program diakhiri dengan sesi soal jawab serta pemberian cenderahati kenang-kenangan dari pihak UMP.

3

55 ORANG HADIRI BENGKEL OKU AL-QURAN: TEKNIK BAHASA ISYARAT & BRAILLE

Gambang, 26 Mac 2019 - Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) telah menganjurkan Bengkel OKU Al-Quran dengan memberi pencerahan berkaitan Teknik Bahasa Isyarat dan Braille. Program yang berlangsung selama separuh hari itu telah dihadiri oleh warga UMP dari kalangan staf dan pelajar serta agensi-agensi kerajaan setempat.

1

Encik Norakyairee yang merupakan Pensyarah Pendidikan Khas USIM telah dijemput untuk memberi pencerahan berkenaan teknik bahasa isyarat orang kelainan upaya khususnya bagi masalah pekak dan bisu. Pada slot yang kedua, para peserta didedahkan pula teknik bacaan al-Quran Braille selain pendedahan kebajikan dan dakwah.

1

Menurut beberapa orang peserta, melalui program ini mereka mempelajari ilmu baru berkaitan cara orang kurang upaya mempelajari dan membaca al-Quran. Secara tidak langsung program ini memberikan impak yang positif kepada masyarakat.

Program seperti ini perlu diperbanyakkan bagi membantu masyarakat memahami dan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam mempelajari al-Quran. Diharapkan program seumpama ini dapat memberikan satu bentuk medium penyampaian dakwah dan ilmu kepada masyarakat. Semoga program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang dalam menyemarakkan lagi majlis-majlis ilmu di UMP.

2

MAHASISWA DISARAN SEGERA BINA SYARIKAT DALAM FORUM "JURUTERA ATAU FREELANCE"

Pekan, 25 Mac 2019 - Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP telah menganjurkan  Karnival Mahabbah 9.0 dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), UMP Holdings & Group dan Persatuan Wanita UMP (MATAHARI).

2 FILEminimizer

Pada program sulung yang dijalankan hari ini, Pusat Islam dan Pembangunan Insan berjaya melaksanakan slot Forum Mahasiswa bertajuk “Graduan UMP: Jurutera atau Freelance” bertempat di Dewan Kuliah Utama, PBMSK, UMP Kampus Pekan.

3 FILEminimizer

Dr. Nasrul Hadi Johari selaku pensyarah UMP dan Suhail Mohamad Kamaruddin merupakan panel jemputan sepanjang Forum Mahasiswa berlangsung. Forum tersebut membincangkan isu kerjaya, cabaran revolusi industri 4.0 dan peluang pembangunan diri.

Menurut Suhail Kamaruddin, mulai saat ini, SSM harus dijadikan stesen mendaftar perniagaan bagi pelajar. “Mahasiswa perlu didedahkan dengan idea penubuhan syarikat enterprise sebagai satu peluang kerjaya dengan membina empayar perniagaan bermula dari sekarang lagi tanpa menunggu hari graduasi”, ujarnya.

4 FILEminimizer

Program ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan mahasiswa dan komuniti setempat dengan mencatat kehadiran seramai 120 orang.  Maklum balas yang diterima dari beberapa orang peserta menyatakan bahawa program seperti ini sangat membantu dalam menentukan halatuju mereka selepas menjadi graduan.

65 SKUAD PENGURUSAN JENAZAH UMP MENJALANI LATIHAN LANJUTAN

GAMBANG, 12 MAC 2019 - Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan Kursus Teori & Praktikal Pengurusan Jenazah 2019 sebagai inisiatif meningkatkan kemahiran dikalangan staf UMP khususnya berkaitan menguruskan jenazah. Kursus yang telah dihadiri seramai lebih 65 orang dari pelbagai jabatan ini dilaksanakan pada setiap tahun memberikan pendedahan kaedah menguruskan jenazah setelah berlaku kematian, pemandian, pengkafanan dan solat secara sempurna dengan disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Zulkiflee b. Hamid, Mudir Madrasah Durrul Ilmi Jaya Gading.

1

Selain itu, kursus ini juga adalah sebagai latihan berkala yang dirangka untuk pemantapan Skuad Pengurusan Jenazah UMP yang telah diwujudkan sejak tahun 2015 yang dianggotai secara sukarelawan oleh staf UMP sendiri yang mana komitmen dan tanggungjawab daripada ahli skuad ini yang memerlukan mereka bersiap siaga pada setiap masa apabila berlaku kematian amatlah diharapkan.

3

4

Objektif skuad ini adalah untuk menguruskan jenazah dari kalangan warga UMP khasnya sebagai simbolik penghormatan terakhir daripada universiti kepada individu tersebut.  Oleh itu, diharapkan agar latihan berkala seperti kursus ini dapat membantu ahli skuad bersedia dari segi ilmu dan praktikal khasnya dan sebagai pendedahan ilmu yang berguna kepada warga ump secara umum.