KURSUS PENDAKWAH MUDA SEMARAK TANGGUNGJAWAB MUSLIM

Universiti Malaysia Pahang, 9 Mei 2014 – Bertempat di Dewan Tun Fatimah, Kursus Pendakwah Muda UMP ini telah berlangsung dengan jayanya dan melibatkan penyertaan dari staf dan pelajar UMP. Program ini telah dianjurkan dengan gandingan Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Hidayah Centre Pahang. Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan tentang tanggungjawab dan cara berdakwah yang betul dan berkesan kepada muslim dan non-muslim.

Kursus yang dihadiri seramai 67 orang peserta ini telah disampaikan oleh  wakil daripada Hidayah Centre iaitu, Tuan Md Rosli bin Md Taib, Encik Nidzam Yatimi bin Ramli dan Cik Meryem Unal. Program ini dihadiri oleh Ustazah Amira Binti Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam selaku pengarah program dan juga staf-staf  PIMPIN yang lain. Majlis ini diharapkan dapat memberi kesedaran Islam yang lebih mendalam kepada semua yang hadir.



KURSUS IMAM MUDA SEMARAK TANGGUNGJAWAB SOSIAL KEPADA SUKARELAWAN PIMPIN


Pantai Balok, Kuantan, Pahang, 11-13 April 2014 –
KURSUS IMAM MUDA telah terlaksana dengan jayanya hasil kerjasama yang erat diantara para peserta dan urusetia program yang terdiri dari staf PIMPIN. Kursus Imam Muda dianjurkan khas buat semua Sukarelawan PIMPIN yang terpilih untuk meningkatkan motivasi diri serta persediaan yang mampan sebagai seorang pendakwah muda.

Program ini telah melibatkan seramai 34 orang peserta dan dijalankan bagi memantapkan peribadi muslim dikalangan mahasiswa/wi UMP yang bergelar Sukarelawan PIMPIN. Program ini menekankan nilai-nilai yang perlu ada pada seorang muslim sejati. Ini adalah kerana banyaknya gejala-gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja sejak akhir-akhir ini. Nilai-nilai Islam yang mantap perlu diterapkan lagi di peringkat mahasiswa, khususnya Sukarelawan PIMPIN bagi memastikan mereka menjadi mahasiswa yang bersedia dan kental dalam menghadapi cabaran-cabaran di lapangan dakwah. Mahasiswa yang beragama Islam perlulah berketrampilan dan mempunyai identiti Islam kuat dan mantap.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi taklimat keselamatan, sesi suai kenal,‘explorace’, ‘master chef’ dan pelbagai lagi aktiviti bermanfaat bersifat luar kelas yang semestinya mengundang ketenangan dan keseronokan kepada peserta setelah penat belajar. 

Program berakhir dengan perasmian majlis penutup yang telah disempurnakan oleh En. Mohd Nazri bin Samsudin, Timbalan Pengarah PIMPIN yang mewakili Pengarah PIMPIN.



LADIES MOMENT SEMAI SERIKANDI SEJATI UMP

Universiti Malaysia Pahang, 28 Mac 2014 – Bertempat di Blok W DKU-01, Ladies Moment telah berlangsung dengan jayanya dan melibatkan penyertaan dari staf wanita dan mahasiswi UMP. Program ini telah dianjurkan dengan gandingan Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Unit Helwa, Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK). Program ini merupakan program berkala setiap bulan khas kepada staf wanita dan mahasiswi UMP. Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan tentang Islam kepada semua warga UMP serta dapat memupuk sifat-sifat terpuji dan berakhlak kepada mereka.

Kursus yang dihadiri lebih kurang seramai 200 orang peserta ini telah disampaikan oleh  pensyarah daripada Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) iaitu Puan Anita bt Abdul Rani dan Dr Aini bt Ahmad. Puan Anita membedah sebuah buku ilmiah, iaitu “Travelog Seorang Doktor”, manakala Puan Aini mengupas tentang surah al-Mu’minun, tangungjawab sebagai seorang muslim. Program ini dihadiri oleh Ustazah Amira Binti Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam selaku pengarah program dan juga staf PIMPIN iaitu Puan Nurul Aisha bt Md Yusof. Majlis ini diharapkan dapat memberi kesedaran Islam yang lebih mendalam kepada semua yang hadir.


HARMONY TALK : ISLAM & HUBUNGAN ANTARA AGAMA

Universiti Malaysia Pahang, 25 Mac 2014 – Bertempat di Dewan Astaka UMP Gambang, Program Harmony Talk: Islam & Hubungan Antara Agama telah berlangsung dengan jayanya dan melibatkan penyertaan dari staff dan pelajar UMP. Program  ini telah dianjurkan dengan gandingan Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Hidayah Centre Pahang, iaitu sebuah NGO yang bergerak aktif di Pahang. Program ini disertai oleh pelajar muslim dan non muslim. Program ini, memberi pendedahan tentang agama Islam dan juga hubungan dengan agama yang lain.

Dalam program ini, begitu banyak kupasan yang diberikan oleh penceramah, antaranya mengenai perbandingan agama Islam dan agama-agama lain, penerangan yang jelas tentang agama Islam serta kewajipan yang patut dilakukan oleh orang Islam dalam mendekati bukan Islam.

Kursus yang dihadiri seramai 700 orang peserta ini telah disampaikan oleh  pembentang yang berpengalaman luas dan terkenal iaitu Bro. Shah Kirit seorang yang berpengalaman dalam isu perbandingan agama.  Majlis turut dihadiri oleh Pengarah PIMPIN, Dr. Mahyuddin bin Ismail. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab yang berkisar tentang kekeliruan tentang agama dan konsep dakwah yang sebenar.


SEMALAM BERSAMA MASJID (SBM)

UMP, 23 Mac 2014 - Program Semalam Bersama Masjid telah berjaya dilaksanakan di Masjid UMP Kampus Gambang dan Masjid UMP Pekan. Program ini merupakan program secara berkala sepanjang semester pelajar.  Program dimulai dengan solat Isyak berjamaah kemudian diikuti dengan Forum bertajuk “Menggapai Syurga Dengan Ilmu”  yang dibarisi Panel 1 iaitu  Dr. Mansor Bin Sulaiman selaku Pensyarah (PBMSK) dan Panel ke-2 iaitu Prof. Madya Dr. Wan Maseri Binti Wan Mohd  Pengarah,Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK). Forum ini dikendalikan oleh seorang pelajar senior iaitu Mohd Farid Bin Mohd Na’aim.

Bagi memantapkan rohani para pelajar di dalam program ini disertakan ibadah Qiamullail yang diimamkan oleh seorang pelajar yang bernama Mohammad Safwan bin Said sekaligus mengimamkan solat subuh.

Setelah selesai solat subuh berjamaah para peserta membaca al Mathurat as-Sughra dan diikuti dengan pengisian rahani iaitu kuliah subuh yang disampaikan oleh Mohammad Safwan bin Said.

Kemuncak bagi program SBM ialah sesi Riadah bagi menyegarkan badan dan melegakan mental setelah semalaman diisi dengan pengisian forum dan Kuliah subuh. Akhirnya diharapkan dengan selesainya program ini para pelajar mendapat bekalan ilmu dan latihan rohani serta jasmani untuk menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar di UMP khususnya.


MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2014 MERIAH!

UMP, 24 Februari - 1 Mac 2014 – Program Minggu Penghayatan Islam 2014 telah diadakan serentak di UMP Kampus Pekan dan Gambang dengan jayanya hasil kerahan tenaga dan semangat setiakawan oleh seluruh warga UMP sama ada staf mahupun pelajar. Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam & Pembangunan Insan, Perwakilan Kolej Kediaman Pelajar 5 dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni ini adalah merupakan acara yang dirancang bertujuan menimbulkan kesedaran kepada penghayatan Islam yang lebih mampan dikalangan staf dan pelajar.

Program ini berjalan selama 6 hari yang bermula 24 Februari – 1 Mac 2014. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Diskusi Ilmiah : Cabaran Dunia Islam Abad Moden, Kursus Usahawan Muslim, Seminar Smart Solat, Seminar Perubatan Islam, Talk Show : I Love Rasulullah dan dihiasi penuh meriah dengan pertandingan-pertandingan seperti azan, syarahan, tilawah, hafazan, nasyid serta Qiamullail : Tahajud Cinta, Malam Cinta Rasul dan Malam Kesenian Islam yang melibatkan panelis terkemuka seperti Prof. Madya Dr. Muhammad bin Ibrahim, Prof. Madya Dr. Hasnan bin Kasan, Al- Fadhil Ustaz Mohamad Hazmi bin Dibok, Syeikh Abdul Karim al-Makki, Dr. Mahyuddin bin Ismail,  Al- Fadhil Ustaz Rashidy Jamil, Bro. Shah Kirit, Kumpulan Qasidah AMJ Barakah, Tuan Syed Izam Syed Mokhtar dan artis jemputan AMAR.

Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Yuserrie bin Zainuddin, TNC HEPA. Turut hadir dalam majlis perasmian Dr. Zainah binti Md. Zain, Pemangku Pengetua KK5, Saudara Nabil Muhammad, YDP MPP dan Ustaz Mohamad Hasnur yang mewakili Pengarah PIMPIN. Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-‘Asr.