TUDUHAN RASUAH PENYEBAB SEORANG BEKAS MAJISTRET INSAF

Pekan, 27 Mac 2019 - Seramai 200 orang peserta dari kalangan orang awam, komuniti setempat dan mahasiswa UMP Pekan menghadiri program “Ku Temui Tuhan Di Penjara” bertempat di Dewan Kuliah Utama, PBMSK, UMP Pekan.

1

Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP Pekan telah menjemput Encik Firdaus Ramlan sebagai panel jemputan. Beliau merupakan bekas majistret yang pernah dipenjarakan dan sepanjang program ini berlangsung beliau berkongsikan pengalaman beliau sepanjang berada di penjara, kehidupan sebagai seorang banduan dan perjalanan beliau dalam mencari tuhan ketika di dalam penjara. Selain itu, panel program turut mengupas pengajaran isu integriti dan rasuah yang menjadi topik hangat dikalangan natizen hari ini.

2

Alhamdulillah, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga UMP dan komuniti setempat. Semoga program seumpama ini dapat diterap dan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk memperhebatkan lagi keizzahan UMP bukan hanya dalam bidang teknologi malah dalam aspek pembinaan modal insan dan pembangunan insaniah.