55 ORANG HADIRI BENGKEL OKU AL-QURAN: TEKNIK BAHASA ISYARAT & BRAILLE

Gambang, 26 Mac 2019 - Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) telah menganjurkan Bengkel OKU Al-Quran dengan memberi pencerahan berkaitan Teknik Bahasa Isyarat dan Braille. Program yang berlangsung selama separuh hari itu telah dihadiri oleh warga UMP dari kalangan staf dan pelajar serta agensi-agensi kerajaan setempat.

1

Encik Norakyairee yang merupakan Pensyarah Pendidikan Khas USIM telah dijemput untuk memberi pencerahan berkenaan teknik bahasa isyarat orang kelainan upaya khususnya bagi masalah pekak dan bisu. Pada slot yang kedua, para peserta didedahkan pula teknik bacaan al-Quran Braille selain pendedahan kebajikan dan dakwah.

1

Menurut beberapa orang peserta, melalui program ini mereka mempelajari ilmu baru berkaitan cara orang kurang upaya mempelajari dan membaca al-Quran. Secara tidak langsung program ini memberikan impak yang positif kepada masyarakat.

Program seperti ini perlu diperbanyakkan bagi membantu masyarakat memahami dan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam mempelajari al-Quran. Diharapkan program seumpama ini dapat memberikan satu bentuk medium penyampaian dakwah dan ilmu kepada masyarakat. Semoga program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang dalam menyemarakkan lagi majlis-majlis ilmu di UMP.

2