ISRAK MIKRAJ, SAINS & ALAM CAKERAWALA

Pekan,13 April-  Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang (UMP) meneruskan kesinambungan sebagai peneraju program majlis ilmu kepada warga UMP & komuniti apabila berjaya menganjurkan Diskusi Ilmiah : Israk Mikraj, Sains & Alam Cakerawala.

Program yang telah dijalankan secara atas talian dan disiarkan secara langsung di Laman Facebook Rasmi Pusat Islam & Pembangunan Insan UMP & Saluran Youtube Pusat Islam UMP menampilkan panelis yang berpengalaman luas iaitu Ustaz Dr. Ahmad Irfan Bin Ikmal Hisham yang merupakan Ketua Program Sains Kemanusiaan, Pusat Sains Kemanusiaan UMP dan juga Tuan Haji Mohd Zulkifli Bin Hamzah iaitu Pengurus Akademi Bimbingan Insan, Kuala Terengganu.

Diskusi ini telah berlangsung dalam 4 pusingan dan dimulakan dengan pembentangan daripada Ustaz Dr. Ahmad Irfan yang membincangkan tentang fakta-fakta berkenaan sirah Nabi SAW yang dalam peristiwa Israk & Mikraj. Kemudiannya para penonton disajikan dengan pembentangan daripada Tuan Haji Zulkifli yang menampilkan pembuktian kesahihan peristiwa Israk & Mikraj Nabi SAW berdasarkan kajian sains & ilmu fizik.

Pada pusingan kedua, Ustaz Dr. Ahmad Irfan membahaskan beberapa kisah palsu yang masyhur terkait dengan peristiwa Israk & Mikraj Nabi SAW. Seterusnya, Diskusi diteruskan dengan penjelasan berkenaan asbab & musabab tentang keperluan kepada kajian saintifik dalam peristiwa Israk & Mikraj Nabi SAW.

Diskusi ini diteruskan lagi pada pusingan ketiga dengan para panelis menjawab persoalan yang diajukan oleh para penonton di ruangan komen dan diakhiri dengan resolusi dan kesimpulan daripada kedua-dua panelis.

Secara keseluruhan, program Diskusi Ilmiah: Israk Mikraj, Sains & Alam Cakerawala yang berlangsung selama dua jam ini dapat memberi penjelasan dan menambahkan lagi input kepada para penonton tentang beberapa isu yang timbul berkaitan peristiwa Israk & Mikraj Nabi SAW. Diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan agar sinergi majlis ilmu sentiasa menjadi budaya kepada warga UMP khususnya dan masyarakat amnya. In Shaa Allah.

PANDUAN ASAS KEPADA WARIS - KURSUS JENAZAH

Pekan, 22 Mac 2021 - Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang (UMP) meneruskan kesinambungan Majlis ilmu dengan kerjasama Rakan siswa Yadim UMP dalam Kursus Pengurusan Jenazah semperna Karnival Mahabbah 2021. Program ini berlangsung secara online di FB live Pusat Islam & Pembangunan Insan. Kursus ini terbuka kepada pelajar, staf dan umum yang disampaikan oleh panel penceramah iaitu AlFadhil Ustaz Muhammad Rafieudin bin Zainal Rasid (Pengerusi eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, SPJM)

Objektif utama Kursus adalah untuk memberikan ilmu kefahaman yang mendalam kepada peserta tentang pengurusan jenazah. Kursus ini dijalankan pada setiap tahun untuk mengembalikan kefahaman kepada skuad pengurusan jenazah Universiti Malaysia Pahang.

Kursus ini di mulai dengan pengerusi majlis iaitu AlFadhil Ustaz Muhammad Farid bin Mohd Idris iaitu Pembantu Hal Ehwal Islam UMP pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 1 Tengahari dengan sesi soal jawab. Kursus ini mendapat 81 perkongsian dari individu dan 4200 yang melihat kursus ini.

TALK SHOW: JURUTERA @ FREELANCE

PEKAN, 21 MAC 2021 - Talk Show: Jurutera atau Freelance merupakan salah satu program di bawah anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan UMP (PIMPIN) bersempena Program Karnival Mahabbah 2021. Program ini merupakan program berbentuk sembang santai antara dua tetamu jemputan iaitu Bro Wan Syafiq Wan Zahidi dan Tuan Shahrizan Mat Nordin yang telah dijalankan pada 21 Mac 2021 pada pukul 9 malam sehingga 11 malam secara langsung di facebook Pusat Islam & Pembangunan Insan UMP, terbuka kepada semua terutama mahasiswa/wi Universiti Malaysia Pahang. Selain itu, program ini dapat memberi banyak ilmu pengetahuan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga orang awam tentang ilmu-ilmu kejuruteraan dan kehidupan freelance secara atas talian.

Objektif program adalah untuk memberi pendedahan dalam kalangan mahasiswa/i dan semua orang awam tentang bidang kejuruteraan dan freelance. Pelajar mahasiswa/wi juga dapat mengetahui sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang kejuruteraan seperti cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi serta memperolehi nasihat dan tips-tips yang boleh diambil oleh semua yang menceburi dalam bidang tersebut. Selain itu, melalui program ini juga tetamu-tetamu jemputan menyuarakan pendapat mereka tentang kerjaya jurutera dan freelance ini dan apa yang boleh diceburi oleh mahasiswa/wi selain daripada bidang tersebut. Di samping itu, dapat memberi motivasi terutama kepada mahasiswa/i untuk masa hadapan.

Hasil daripada program ini, bukan sahaja dapat memberi pendedahan tentang kejuruteraan dan freelance tetapi juga menambah ilmu pengetahuan mahasiswa/wi Universiti Malaysia Pahang dan orang awam.

 

FORUM MAHASISWA : SWEET SYURGA DADDY

Pekan, Universiti Malaysia Pahang, 19 Mac 2021 - Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjemput Pakar dari bidang kaunseling dan selebriti agama untuk mengupas topik viral berkaitan Sugar Book. Program ini berlangsung secara online di FB live Pusat Islam & Pembangunan Insan dan terbuka kepada pelajar, staf dan umum yang disampaikan oleh panel iaitu Puan Aina Wafi Ab. Kadir (Social Influencer) bersama PU Rahmat (Selebriti Dakwah).

Objektif utama Program ini adalah untuk memberikan pendedahan Ilmu tentang pergaulan dan nasihat kepada Mahasiswa khususnya. Program ini mendapat sambutan dari peserta dari kalangan staf, pelajar dan orang awam seramai 150 peserta.

Forum Mahasiswa ini di mulai dengan Moderator iaitu Saudara Amirul Ikmal iaitu exco sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar UMP pada jam 9 malam dan tamat pada jam 11 malam dengan sesi soal jawab. Program ini mendapat 360 perkongsian dari individu dan 25360 yang melihat ulang siar.

SEMBANG TIPS MENANTU RARE

Universiti Malaysia Pahang, 18 Mac - Seramai 270 peserta yang menonton program "Sembang Santai : Menantu Rare" ini secara langsung di Facebook Pusat Islam UMP. Program ini dibawa khas membantu para pendengar menjadi seorang menantu yang baik disamping mendapat beberapa tips untuk memikat hati keluarga mertua. Selain itu, program ini juga dapat membantu seseorang yang mempunyai masalah dengan keluarga mertua atau menantu.

 

Kami bawakan penceramah yang pakar bagi mengupas tajuk program ini iaitu Imam Muda Azhar merupakan selebriti dakwah dan bersama-sama dengan beliau adalah Prof. Madya Dr. Rashidi bin Abbas merupakan Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang. Program ini mendapat sambutan daripada para peserta dan akan diteruskan pada masa akan datang.