BENGKEL PEMURNIAN MODUL MYIC 2019

BENGKEL PEMURNIAN MODUL MYIC 2019

 

Cherating, Kuantan, 29 & 30 Jun 2019 – Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang telah mengadakan Bengkel Pemurniaan Modul My Intellectual Circle (MyIC). Bengkel telah dihadiri daripada kalangan pensyarah SoftSkill iaitu Dr Mansor Bin Sulaiman, Dr Hilmi Bin Mat Said, Dr Suhardi Bin Mat Jusoh, Dr Rohana Binti Hamzah & Dr Anita Binti Abdul Rani serta staf PIMPIN daripada Unit Pembangunan Insan.

 

Antara objektif bengkel pemurniaan ini adalah melihat kembali silibus atau topik yang sedia ada dalam modul My Intellectual Circle (MyIC) untuk pemurniaan serta penambahbaikan. Selain itu, melihat kembali serta membincangkan jawapan-jawapan untuk buku bank soalan bagi modul My Intellectual Circle (MyIC) sekaligus membincangkan untuk menerbitkan modul dan buku bank soalan My Intellectual Circle (MyIC).

 

 


Cetak   Emel