OFFICIAL PORTAL    

News & Events

BENGKEL PEMURNIAN MODUL MYIC 2019

BENGKEL PEMURNIAN MODUL MYIC 2019

 

Cherating, Kuantan, 29 & 30 Jun 2019 – Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang telah mengadakan Bengkel Pemurniaan Modul My Intellectual Circle (MyIC). Bengkel telah dihadiri daripada kalangan pensyarah SoftSkill iaitu Dr Mansor Bin Sulaiman, Dr Hilmi Bin Mat Said, Dr Suhardi Bin Mat Jusoh, Dr Rohana Binti Hamzah & Dr Anita Binti Abdul Rani serta staf PIMPIN daripada Unit Pembangunan Insan.

 

Antara objektif bengkel pemurniaan ini adalah melihat kembali silibus atau topik yang sedia ada dalam modul My Intellectual Circle (MyIC) untuk pemurniaan serta penambahbaikan. Selain itu, melihat kembali serta membincangkan jawapan-jawapan untuk buku bank soalan bagi modul My Intellectual Circle (MyIC) sekaligus membincangkan untuk menerbitkan modul dan buku bank soalan My Intellectual Circle (MyIC).

 

 

AKADEMI DA'I MUDA LATIH PEMIMPIN BERKETRAMPILAN

AKADEMI DA'I MUDA LATIH PEMIMPIN BERKETRAMPILAN

UMP Pekan, 14 & 15 September 2019 – Seramai 45 orang fasilitator yang dilantik telah menghadiri Program Akademi Dai’e Muda. Fasilitator merupakan dalam kalangan pelajar UMP Gambang & Pekan.

 

Fasilitator yang dilantik perlu mengetuai kumpulan pelajar yang akan mengambil subjek Kemahiran Insaniah (UHS1021). Oleh itu, antara objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pengisian serta ilmu pengetahuan berkenaan modul yang akan disampaikan oleh fasilitator nanti.

 

Terdapat 4 slot dalam program ini sepanjang 2 hari dianjurkan. Slot 1 : “Akidah : Isu Semasa & Kontemporari” oleh: Ustaz Mohd Rizal Bin Mohd Ali Nafiah. Slot 2: “Youth Leadership : Skills Good Leaders Need” oleh: Encik Suhail Bin Mohamed Kamaruddin. Slot 3: “Ibadah Seorang Muslim” oleh: Dr. Mansor Bin Sulaiman dan yang terakhir Slot 4: “Akhlak Seorang Muslim” oleh: Dr Mohamad Hilmi Bin Mat Said.

SEMINAR WANITA PROFESIONAL HIMPUNKAN WANITA BERKERJAYA

SEMINAR WANITA PROFESIONAL HIMPUNKAN WANITA BERKERJAYA

Kuantan, 28 Ogos 2019 – Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Program Seminar Wanita Profesional. Seramai 130 orang peserta telah menghadiri dalam program ini. Program ini lebih fokuskan kepada isu-siu berkaintan wanita.

 

Antara objektif program ini adalah meningkatkan kesedaran terhadap hak-hak wanita selari dengan Syariah Islam. Seterusnya memberi ilmu berkaitan pengurusan emosi serta menangani stress dalam kalangan wanita wanita serta meningkatkan kesedaran kepada wanita mengenai isu pengurusan kewangan pada masa kini.

Antara pengisian menarik dalam program ini adalah Elak ICU Kewangan oleh: En.Saidi bin Ya'acob, Slot 2: Pengurusan Emosi Wanita oleh: Puan Norwani Binti Ahmat, Slot 3: Perkongsian Pengalaman Cabaran Seorang Ibu membesarkan anak pesakit ADHD With Disleksia oleh: Puan Fatimahnor Binti Hj. Besar dan Slot 4: Isteri Nusyuz vs Suami Dayus oleh: Tn Haji Norazman bin Amat.

 

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

SLOT PELABURAN SYARIAH TERAP SIKAP MERANCANG PELAJAR UMP

SLOT PELABURAN SYARIAH TERAP SIKAP MERANCANG PELAJAR UMP

Universiti Malaysia Pahang, 28 September 2019 – Seramai 150 orang pelajar Ump Gambang dan Pekan telah menghadiri Program Pelaburan Syariah “Dulu Blurr Sekarang Clear” bersempena Karnival Mahabbah 10.0

 

Program ini dengan kerjasama antara Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dan Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman 5 (PEKA 5), Universiti Malaysia Pahang.

 

Pengisian program oleh En Khairun Najmi Saripudin, Analisa Perbankan Islam & Jabatan Takaful, Bank Negara Malaysia. Program sebegini serba sedikit dapat memberi pendedahan awal kepada mahasiswa kepentingan pelaburan dan cara mengatasi penipuan dalam pelaburan pada masi kini.

 

MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg

MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg

Pekan, 4 Julai – Prihatin terhadap permasalahan dalam industri mendorong sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang menghasilkan Mini Heavy Loaded Forklift Autonomous Guided Vehicle (MHeLFAGV)

UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates

UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates

Universiti Malaysia Pahang (UMP) became the first public university in the country to use Blockchain technology for UMP Valid8

UMP researchers invented stingless bee honey suction pump for more quality produce

UMP researchers invented stingless bee honey suction pump for more quality produce

A group of researchers from Universiti Malaysia Pahang (UMP) has developed a product called ‘Sleek Pump’ to make it easier for stingless bee farmers to extract honey without compromising the quality.

UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation

UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation

Universiti Malaysia Pahang (UMP) will celebrate the graduation of 2,773 of its students in its 13th convocation ceremony to be held over two days on November 10 and 11 at UMP Gambang Campus Sports Complex.

Image

— Contact

Islamic & Human Development Centre
Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan Pahang
+609 424 5731
pimpin@ump.edu.my