Soalan Lazim

Posted in Others

1. Apakah PIMPIN?

PIMPIN adalah singkatan PUSAT ISLAM & PEMBANGUNAN INSAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG.

2. Bagaimanakah saya boleh mendaftarkan diri dalam setiap program yang dianjurkan PIMPIN?
   
Setiap penyertaan dalam program-program yang dianjurkan PIMPIN adalah tertakluk kepada pegawai bertugas berdasarkan iklan yang dipaparkan pada setiap program. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pegawai bertugas tersebut.

3. Apakah bentuk-bentuk program yang dianjurkan oleh PIMPIN?

PIMPIN selaku Pusat Tanggungjawab di Universiti Malaysia Pahang berfungsi menjalankan aktiviti kerohanian, pengukuhan sahsiah dan kebesaran Islam kepada seluruh warga UMP. Oleh yang demikian, bentuk-bentuk program yang dianjurkan bercirikan pendidikan Islam, sahsiah dan sambutan hari kebesaran Islam.

4. Selain menjalankan program berskala sederhana dan besar, apakah aktiviti PIMPIN lagi?

PIMPIN berperanan dalam beberapa perkara diantaranya :

a)PIMPIN menjadi rujukan Hal Ehwal Islam di peringkat Universiti.
b)Penyelaras aktiviti kerohanian di peringkat Universiti.
c)Menyelia aktiviti imarah dan pentadbiran Masjid UMP.
d)Sedia menerima permintaan kelas al-Quran.
e)Menjadi platform program tazkirah dan pengisian jiwa.

5. Adakah PIMPIN menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan?

Ya. Setiap pinjaman perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh terus ke kaunter PIMPIN.