SEMINAR FITNAH DAJJAL & AKHIR ZAMAN

PEKAN, 21 Mac 2018 – Sempena berlangsungnya Program Karnival Mahabbah 7.0, Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) telah mengadakan Seminar Fitnah Dajjal & Akhir Zaman yang bertempat di Dewan Kuliah Utama, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan.

IMG 20180321 094424

Seminar ini telah disampaikan oleh Haji Meeftah Haji Anuar iaitu selaku Penolong Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Seramai 70 orang yang terdiri daripada warga UMP, pelajar Kolej Komuniti dan juga agensi kerajaan luar telah berjaya menghadiri seminar ini.

IMG 20180321 094537

Seminar ini berlangsung selama 1 hari yang penuh dengan pengisian yang disampaikan oleh penceramah. Sebanyak 3 tajuk yang telah dikupas iaitu Tak Kenal Maka Tak Cinta, Bahaya Fitnah Ini dan juga Menghadapi Fitnah Dajjal & Akhir Zaman. Dan dihujung seminar ini telah disediakan sesi soal jawab di antara peserta dengan penceramah bagi merungkai setiap persoalan yang timbul.

IMG 20180321 094548

Bertepatan dengan objektif yang diketengahkan oleh seminar ini adalah untuk melahirkan peserta yang memahami matlamat asal kewujudan sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini. Selain itu, seminar ini juga bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengertahuan peserta mengenai penghijrahan setiap alam yang bakal ditempuhi oleh setiap manusia. Seterusnya adalah untuk menjadikan seminar ini sebagai salah satu platform untuk memberi penjelasan kepada para peserta berkaitan dengan urusan akhir zaman mutakhir ini.