PERSEDIAAN FASILITATOR DALAM AKADEMI DA’IE MUDA

KUANTAN, 13-15 April 2018 – Telah berlangsungnya Program Akademi Da’ie Muda yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan bertempat di Kempville Beach Resort, Kuantan selama 3 hari. Seramai 65 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang yang terpilih sebagai fasilitator bagi Program My Intelectual Circle telah menyertai program ini.

DSCN0371

Program ini berbentuk latihan dari aspek kepimpinan, membina keyakinan diri untuk berani dalam penyampaian umum Bahasa Inggeris (Public Speaking) dan juga kemahiran dalam berhadapan dengan pelajar di dalam kumpulan.

DSCN0373

Selain daripada itu, aktiviti luar juga turut diadakan seperti aktiviti dalam kumpulan. Antara penceramah yang turut hadir dalam menyumbangkan ilmu dan idea dalam menjayakan program ini adalah seperti Dr Mahyuddin bin Ismail, Dr Wan Suraya binti Wan Nik, Madam Haslina @ Robita binti Hashim, En Abd Rahman Roseley dan juga Puan Paridah binti Abdul Rani.

DSCN0390

Program ini mendahulukan tujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam aspek pembangunan sahsiah diri disamping memperkukuhkan nilai kerohanian dan jati diri sebagai mahasiswa yang professional. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjadi satu platform dalam melatih dan membentuk sifat kepimpinan mahasiswa yang terpilih sebagai fasilitator Program MyIC. Seterusnya program ini turut menyediakan aktiviti yang membolehkan para peserta yang mneyertainya supaya dapat untuk menghayati dan mengaplikasi segala ilmu yang diperolehi sebagai persediaan untuk menjayakan Program MyIC.