BISNES YANG SENTIASA UNTUNG DAN TAKKAN RUGI

Posted in Laman Ilmu


 
Oleh : Ustaz Muhammad Farid Bin Mohd Idris
 
Mutakhir ini orang sibuk berniaga. Jualan secara online, jualan langsung, Car Boot Sale dan sebagainya. Memang bagus. Rasulullah SAW dan isteri baginda Siti Khadijah dulu pun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Begitu juga sahabat-sahabat besar seperti Abdul Rahman bin Auf, Urwah Al-Bariqi dan lain-lain.
 
Tapi hari ini saya ingin berkongsi tentang satu perniagaan  yang lain dari yang lain. Perniagaan yang paling  menguntungkan, dan dijamin tidak akan rugi.Hari ini bila orang fikir nak berniaga, akan fikir dua tiga kali kerana adat berniaga ni kata orang ada untung ada rugi. Justeru mesti  berani ambil risiko ini. Kalau yang tidak pandai berniaga, alamatnya silap hari bulan boleh jadi bankrup.
 
So excuse me, what was that you were saying just now?
 
Perniagaan yang sentiasa UNTUNG takkan RUGI?
 
Ada ke perniagaan yang guarantee takkan rugi? Are you kiddin' me, man?
 
Hey, wait up! 
 
Ada.
 
Memang ada. 
 
Berniaga dengan Allah.
 
Firman Allah:
 
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ يَرۡجُونَ تِجَٰرَةٗ لَّن تَبُورَ ٢٩

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian
.”
                                                                                                            (Surah Faathir ayat 29)
 
Dalam ayat tersebut,Allah memberi bayangan sesiapa yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai rujukan dan bacaan,mendirikan solat samaada wajib mahupun sunat,,mengamalkan sedekah jariah dan menderma sebahagian dari rezeki yang diterima,maka mereka ini adalah tergolong dalam golongan yang sedang mengusahakan perniagaan yang sememangnya tak akan rugi selama-lamanya.
 
Sungguh..!!! 
 
INI BUKAN GURAUAN.
 
Bisnes yang boleh selamat dari api neraka?
 
Iye ke nih?
 
First time dengar nih.
 
Dalam Al Quran,Allah ada menyatakan kepada manusia yang beriman tentang satu perniagaan yang boleh menyelamatkan manusia itu dari dijilat oleh api neraka.
 
Firman Allah :
 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢
  1. 10. Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
  2. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
  3. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adnin". Itulah kemenangan yang besar. (Surah As-Saff ayat 10-12)
 
Mereka yang dimaksudkan dalam ayat diatas adalah :
-Manusia yang meletakkan keimanan dan ketaqwaan hanya pada Allah Rabbul Jalil.
-Mereka yang berjuang membela agama dan berjihad fisabilillah.
-Orang yang berkorban di jalan Allah dari sudut tenaga,harta benda mahupun nyawa demi mengharap keredhaan Allah.
 
Inilah yang dinamakan bisnes yang pastinya tidak akan merugikan malahan akan memberikan keuntungan yang tidak terhingga kepada pesertanya. Sesungguhnya keuntungan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini tidak mampu ditandingi oleh mana-mana syarikat perniagaan yang terdapat dimuka bumi ini.


Nikmat Mana yang kamu dustakan?

Posted in Laman Ilmu



Oleh : Ustaz Shahrul Nizam bin Md Ahir

KESELURUHAN surah di dalam kitab suci al-Quran itu dimulakan dengan pembacaan ‘Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani’. Malah, hanya terdapat satu surah sahaja di dalam kitab suci tersebut yang tidak dimulakan dengan bacaan basmalah itu.

Allah mengulang-ulang perkataan ‘ar-Rahman’ di dalam al-Quran bagi menunjukkan betapa kasih sayang Allah kepada hambanya itu melebihi daripada segalanya. Kisah yang dibahaskan di dalam al-Quran menerusi Surah Maryam, tatkala datang seorang lelaki di hadapan Maryam ketika dia sedang bersujud di mihrabnya. Tatkala Maryam bangun daripada sujudnya dia terlihat akan seseorang muncul di hadapannya. Itulah Jibril, malaikat yang diutuskan Allah SWT untuk memberitahu tentang perihal zuriatnya.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, “Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertakwa.” (Surah Maryam ayat 18)

Ketakutan Maryam itu dilafazkan dengan kata-kata ‘aku berlindung kepada ar-Rahman’. Mengapa Maryam memilih untuk menyebut ‘Ar-Rahman’?

Para ulama mentafsirkan tentang kegusaran Maryam yang keseorangan di dalam mihrabnya itu kerana Maryam benar-benar melihat Allah SWT. Oleh yang demikian, Maryam telah memperhambakan dirinya dengan menyatakan bahawa hanya Allah SWT tempat segala pergantungan dalam apa sahaja perkara yang dialaminya itu.

Begitu juga dapat dilihat menerusi kisah Nabi Yusuf AS, yang didatangi seorang wanita iaitu ‘Zulaikha’ yang menghampiri dirinya, Baginda tetap memilih perkataan ‘ar-Rahman’ sebagai pelindung kepada dirinya itu.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”. (Surah Yusuf ayat 23)

Kasih sayang Allah SWT melangkaui daya fikir manusia. Lihat, betapa Allah mengilhamkan waktu pagi untuk melihat; kemudian diteruskan ke tengah hari sehingga lewat malam. Betapa nikmat Allah melalui ‘ar-Rahman’ nya itu tiada upaya manusia menghitungnya.

Dalam Surah Maryam juga, diceritakan perihal Nabi Ibrahim as kepada bapanya yang mengingkari Allah SWT untuk mentaatinya.

Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi syaitan di dalam neraka”. (Surah Maryam ayat 45)

Dalam satu analogi mudah, ‘jika manusia tidak mempunyai wang di dalam akaun banknya, tentulah pengeluaran wang itu tidak dapat dikeluarkannya.’ Begitulah dengan ar-Rahman Allah itu, dapat difahami bahawa, jika kita sebagai hamba tidak mentaati Allah SWT, bagaimana Allah SWT hendak menggunakan ar-Rahman-Nya itu untuk membantu kita.

Walaupun demikian, Rasulullah SAW sentiasa memperingatkan kita dengan sabda baginda, “Barangsiapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi.”

Oleh yang demikian, orang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT akan memikirkan secara mendalam tentang hal ar-Rahman Allah itu.

Dalam ayat yang lain Allah menyatakan “Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia. (Surah Yasin ayat 11)

Dalam susah atau senang, Allah SWT menyayangi hambanya itu lebih daripada segalanya. Malah, setiap kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh manusia yang bergelar hamba itu seringkali dihazafkan Allah SWT dengan ar-Rahman-Nya itu.

Firman Allah SWT lagi, Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, – sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya.” (Surah Maryam ayat 75)

Demikianlah beberapa ayat suci al-Quran yang memperihalkan tentang kasih sayang Allah SWT itu kepada manusia. Berdoalah kepada-Nya agar kita sentiasa mendapat keampunan melalui ar-Rahman Allah itu.

Sumber : Laman web Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman

Kesakitan hadapi sakaratul maut amat menyeksakan

Posted in Laman Ilmu



Oleh : Ustaz Amidi bin Osman
            Satu masa nanti akan tiba saat sakaratul maut sebelum ke alam barzakh,Ia adalah waktu yang penting kerana penentuan ini adalah berdasarkan kepada sabda rasulullah s.a.w : Setiap amalan ini berdasarkan kepada penyudah dalam hidup kita.”

            Baginda mengingatkan supaya kita sentiasa berdoa : “ Ya Allah, tolong sudahkan kehidupan kami ini dengan husnul khatimah dan jangan sekali-kali matikan kami dalam keadaan suul khatimah “

            Sakaratul maut terbahagi kepada  dua iaitu sakarat yang membahagiakan dan sakarat yang menjadikan kecelakaan kepada seseorang berdasarkan amalan sepanjang kehidupan di dunia ini.

            Orang yang hampir dengan kematian ,antara perkara akan diubah oleh Allah SWT ialah masa yang dirasakan panjang ,sat itu dibuka hijab pada matanya ,akan mula melihat bagaimana malaikat turun untuk mencabut nyawa.

            Menurut hadis riwayat Barraq bin A’zid, “ Anak Adam ini akan ditegur oleh malaikat : Wahai anak Adam aku mencari setitis air untuk kamu telan sudah tidak ada,aku cari selangkah untuk kamu melangkah sudah tidak ada ,aku cari sepatah perkataan yang keluar daripada mulut kamu sudah tidak ada ,wahai roh sila keluar daripada jasad ini.”

Kesakitan saat sakarat

            Pada waktu itu kita akan melalui saat sakarat dan mengalami kesakitan amat sangat .Jika digambarkan sakitnya kematian itu seperti diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya,semua bahagian anggota tubuh yang disentuh akan merasai sakit sehingga rasa itu menjalar dalam darah,daging,tulang-tulangnya ketika tiba saat nyawanya akan dicabut.Urat saraf orang yang hampir dengan kematian akan berasa sakit ,begitu juga sendi dan setiap akar rambut hingga hujung kaki .Hujung jari kaki akan jatuh sedikit demi sedikit.

            Sakit sakaratul maut itu dikatakan bagai ditikam dengan seratus libasan pedang,terasa bagai digergaji,digunting tubuh badan.Terlalu menyakitkan sehingga jeritan suara tidak kedengaran dan rasa sakit itu memuncak sehingga menembusi dasar hati.

Akal lumpuh,lidah membungkam,sendi lemah

          Akibatnya ,hilang tenaga dan semua anggota badan jatuh serta menjadi sangat lemah ,tidak berdaya untuk meminta pertolongan sekalipun.Kesakitan akibat sakaratul maut sehingga melumpuhkan akal, mengbungkam lidah dan melemahkan semua sendi.

            Sebenarnya ,pada saat itu ingin sekali kita berteriak dan bertempik untuk mohon bantuan,namun tiada kuasa serta kemampuan melakukannya.

            Imam Qurtubi dalam kitabnya tazkirah fi Al-Amwat menjelaskan,pada ketika inilah malaikat mula masuk ,Malaikat daripada kumpulan yang pertama akan memasuki tubuh melalui hujung kaki terlebih dahulu .Tarikan melalui hujung kaki sehingga ke bahagian lutut memutuskan urat dalam tubuh badan hingga peringkat tidak mampu melakukan apa-apa lagi .Hanya kedengaran dengusan nafas kesakitan.

           Pada peringkat kedua ,malaikat mula menarik roh dari bahagian lutut sehingga ke perut.Roh akan mula turun ke bahagian pusat dan mula kesejukan.Ketika itu warna kulit berubah menjadi kebu-abuan mirip kepada warna tanah liat.
            Sekujur tubuh di bahagian dalam dan luar akan berasa pedih.Bola mata terbeliak memandang ke atas ,lidahnya mengerut masuk kedalam bibir ,bibir mengetap dan tertarik ke balakang .Bagi lelaki ,kedua-dua buah zakarnya terangkatnaik kerana menahan kesakitan,kemudian keadaan hujung jari jemari berubah warna menjadi hitam kehijau-hijauan dan badan menjadi kaku.

            Telapak kaki mula menjadi sejuk,kemudian menjalar sehingga ke bahagian betis dan peha sehingga sakarat tiba dibahagian kerongkong atau halkum .Urat dibahagian perut akan terangkat naik.pada waktu inilah tiba saat penting dan kelihatan titik-titik peluh pada bahagian dahinya.

            Beruntunglah mereka yang mengalami keadaan seperti ini kerana pada saat itu dia dapat melihat rahmat dan tempatnya dalam surga Allah S.W.T .Wakyu ini malaikat mula turun ,malaikat akan berubah kepada wajah ayah dan ibunya ,serta meminta supaya tidak bimbang serta takut dengan kematian.  

Malaikat sampaikan khabar gembira

            Malaikat juga menyampaikan khabar gembira bahawa syurga Allah S.W.T sedang menanti mereka yang beriman kepadanya.Pada saat itulah wajahnya akan menjadi sangat jernih dan mula melihat tempatnya dalam syurga.
            Apabila roh mula keluar melalui mata ,mulut secara pantas akan menyebut Lailahaillah muhammadar Rasulullah,keluar sahaja rohnya ,lalu disambut oleh 600,000 malaikat Allah S.W.T.

            Diriwayatkan Bariq bin Azid ,Rasulullah S.A.W menjelaskan pada saat roh keluar daripada jasad seumpama air yang mengalir dari cerek dan dimasukkan ke dalam bekas.Setelah roh dimasukkan kedalam bekas itu,maka seluruh alam akanberbau harum dan malaikat menyebut beruntunglah dia kerana tergolong dalam kalangan ahli syurga Allah S.W.T.

            Hanya dua makhluk di muka bumi ini yang tidak dapat menghidu keharuman daripada roh itu,iaitu jin dan manusia .Roh akan mula keluar daripada jasad dan malaikat akan mengbungkus roh denganbungkusan kasturi.
            Lalu roh akan dinaikkan ke langit pertama malaikaat yang menjaga langit pertama akan bertanya: “Roh siapakah ini”? Dan dijawab :Roh siapakah ini ini? Dan dijawab: Roh fulan bin fulan.Malaikat berkata,beruntunglah dia kerana ditempatkan dalam syurga Allah.”

            Kemudian dinaikkan roh itu kelangit kedua dan seterusnya   hingga ke langit ketujuh.Apabila dihadapkan di hadapan Allah S.W.T ,ditentukan dia di dalam syurga Illiyeen.Lalu roh itu akan diturunkan terus berada di hujung kepalanya,pada saat itu kita mula hidup di alam ketiga dan nampak bagaimana jasad diuruskan.

Artikel ini diambil dariBerita Harian ruangan Mau’izati IKIM.fm 5 september 2015



GEN-Y KEPIMPINAN BLUE OCEAN

Posted in Laman Ilmu



Oleh : Encik
Fairuz Aliff Noorhisam Iskandar
Apakah yang dimaksudkan dengan Blue Ocean Strategy? Blue Ocen Strategy merupakan satu alat (tool, metode) yang digunakan untuk membina pasaran baru. Ketika pasaran sesebuah organisasi itu menghadapi masalah. Tool ini di cipta oleh dua orang iaitu W.Chan Kim dan Renee Mauborgne yang merupakan 2 professor dari Harvard Business School. Blue ocean strategy akan bergabung dengan Red Ocen strategy didalam menegani permaslahan yang dihadapi. Red Ocen merupak persaingan kita didalam pasaran. Red ocen merupakan kopentesi head to head dengan pesaing kita. Paling senang contohnya adalah antara dua buah pasaraya aitu pasaraya Tesco dan juga Maidin, kedua-duanya akan menawarkan harga terrendah kepada para pelanggan mereka. Ini yang dinamakan Red Ocean Strategy. Dimana pesaing antara satu sama lain akan cuba menjatuhkan pesaing yang lagi satu dengan strategy yang sama. Sedangakan Blue ocen strategy merupakan pasaran yang diciptakan ketika pasaran tidak mempuyai pesaing ataupun pesaing yang paling minimum didalam industri masing masing.  Lihat Draf dibawah:

 

BLUE OCEAN STRATEGY VS RED OCEAN STRATEGY

 Blue Ocean Strategy

Mencipta Pasaran Baru

 

Mewujudkan ruang pasaran baru tanpa bertanding

 

Menjadikan persaingan tidak releven

 

Mewujudkan teknik baru dan permintaan baru

 

Memecahkan pengimbangan nilai kos

 

Menyelaraskan keseluruhan system aktiviti firma ‘s dalam mengejar perbezaan dan kos yang rendah.

 

Red Ocean Strategy

Berdepan dengan Pesaing

 

Bersaing dalam pasaran yang sedia ada

 

Bertanding untuk menang mengeksploitasi permintaan yang sedia ada

 

Membuat nilai kos keseimbangan

Menyelaraskan

 

keseluruhan system aktiviti firma dengan pilihan strategic

 

perbezaan atau kos rendah

 
Contoh Organisasi Yang Menggunakan Blue Ocean Strategy
Air Asia
 
 
       Ada beberapa syarikat gergasi di Malaysia yang menerapakan Blue Ocean strategy didalam pasaran mereka, antaranya adalah Air asia. Air asia yang menerapkan low cost provider untuk setiap penerbanganya,Ianya telah banyak menarik para pengguna kapal terbang. Apakah yang di perhatikan daripada pangasas Air asia ? kebanyakan penumpang tidak memerlukan makanan didalam penerbangan melainkan di minta. Kos makan dapat dikurangkan untuk keuntungan pengguna dan menjadi kelebihan kepada Air asia itu sendiri. Pemilihan tempat duduk juga telah di perhatikan bahawa, penumpang tidak mengambil kira sangat. Begitu juga proses pembelian tiket yang banyak prosesnya. Penumpang hanya ingin sampai ke destinasi dengan cepat dan mudah. Kebanyakan sistem pernerbangan lain menawarkan kemewahan di setiap pernerbangan mereka dan menjadikan tiket kapal terbang manjadi mahal. Air asia telah keluar dari kopong tersebut, Air asia telah menawarkan harga yang paling murah, jauh lebih murah sehingga 50% dari harga pesaing Air asia. Ketepatan waktu, pembelian tiket secara online yang begitu mudah dan exfition telah menarik pelanggan mengunakan Air Asia. Sebenarnya untuk tambang murah Air  asia tidak mempunyai pesaing sama sekali dan ianya memasuki fasa Blue Ocean strategy. Lebih bermakna Air asia telah keluar daripada persaingan Head to Head.

                  Apakah faktor yang menjadikan Air asia berjaya? Faktor utama yang di ketengahkan oleh Air asia adalah Faktor Value yang di terapkan oleh Air asia. Ianya bukan sekadar Value tetapi, value yang menjadikan Air asia unggul dan kompetitif didalam pasaran penerbangan.  Nilai Value yang di terapkan adalah Value Innovation.
 
 
 
Prinsip Blue Ocean strategi
Dibawah ini menunjukan prinsip Blue Ocean Strategy yang memacu kepada kejayaan bagi merangka dan melaksanakan strategi dan juga risikonya:

                                                                  

PRINSIP PERUMUSAN

PRINSIP PENILAIAN

FAKTOR RISIKO MELEMAHKAN PRINSIP

Membina semula sempadan pasaran

Mengatasi halangan utama Organisasi

Risiko Carian

Fokus dalam “Big Picture”bukan bilangan

Membina Perlaksanaan itu ke dalam strategi

Risiko Perancangan

Mencapai luar permintaan yang sedia ada

Risiko Skala

Dapatkan urutan strategi yang betul

Risiko Model Perniagaan

Risiko organisasi

Risiko Penguirusan

 

NASIHAT SHEIKH ABD AL-QADIR AL-JAILANI

Posted in Laman Ilmu


 
Oleh : Ustaz Mohamad Hasnur bin Abdul Hamid
 
“Jangan kamu mendakwa diri menjadi Tuhan. Jangan kamu mendakwa diri menjadi Nabi!” pesan Sheikh Abd al-Qadir al-Jailani kepada muridnya.
Tergamam.
 
Anak murid yang lama mengaji dengan sheikh itu terkejut dengan nasihat yang diterima.
“Bagaimana mungkin engkau mengandaikan aku boleh membuat dakwaan sebegitu rupa, setelah aku lama menuntut ilmu denganmu?” tanya anak murid itu kepada gurunya.
 
Lalu Sheikh menceritakan sebuah kisah yang berlaku kepada seorang lelaki soleh di Delhi. Beliau telah menimbulkan kontroversi tatkala mengungkapkan kata-kata yang sungguh luar biasa.
 
“Engkau bukan Allahku dan aku bukan hambamu!” kata lelaki soleh itu.
 
Setiap yang mendengar terkejut.
 
Kata-kata itu sungguh berbunyi kekufuran dan seluruh mereka yang mendengarnya menghukum beliau dengan kufur.
 
Namun seorang hadirin datang kepada lelaki soleh berkenaan dan bertanya, “mengapakah engkau berkata demikian?”
 
Lelaki tersebut menjawab, “Nafsuku menyuruh aku berbuat maksiat. Aku berkata kepadanya bahawa engkau bukan Allahku dan aku tidak akan menurut kehendakmu kerana aku bukan hambamu!’
Lalu Sheikh Abd al-Qadir al-Jailani menyambung nasihatnya kepada si anak murid, “Jangan engkau mendakwa dirimu sebagai Allah, tatkala engkau mahukan semua kehendakmu berlaku. Engkau mahu semua yang engkau hajatkan menjadi kenyataan. Ketika engkau mempunyai harapan yang begitu, engkau seperti mendakwa dirimu Tuhan. Kerana hanya Tuhan yang berhak begitu!”
 
Harapan yang tinggi mesti disertakan dengan sifat kehambaan.
Jangan harapan itu menimbulkan rasa kecewa apabila ia tidak kesampaian, hingga kita terlupa kita hanyalah hamba. Hamba yang boleh berharap, namun segalanya pulang kepada kehendak Tuhan.
 
“Jangan pula engkau mendakwa dirimu seorang Nabi, yakni tidak kira setinggi mana engkau berusaha mencapai Taqwa dan pembaikan diri, jangan sesekali engkau merasakan dirimu tidak bersalah dan tidak berdosa. Sesungguhnya yang bersih dan terpelihara daripada dosa itu hanyalah seorang Nabi yang maksum.
 
Oleh itu, tidak kiralah berapa lama engkau telah mendampingi gurumu, jangan sesekali engkau menyangka yang tiada kesilapan yang berlaku pada perjalanan hidupmu hingga engkau terjebak kepada apa yang telah aku nasihatkan kepadamu itu”.
 
Demikianlah nasihat Sheikh Abd al-Qadir Jailani kepada anak muridnya. Nasihat yang turut perlu dihayati oleh setiap kita yang sedang meniti jambatan Taubat meninggalkan hitam semalam kepada kejernihan esok.