BISNES YANG SENTIASA UNTUNG DAN TAKKAN RUGI

Posted in Laman Ilmu


 
Oleh : Ustaz Muhammad Farid Bin Mohd Idris
 
Mutakhir ini orang sibuk berniaga. Jualan secara online, jualan langsung, Car Boot Sale dan sebagainya. Memang bagus. Rasulullah SAW dan isteri baginda Siti Khadijah dulu pun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Begitu juga sahabat-sahabat besar seperti Abdul Rahman bin Auf, Urwah Al-Bariqi dan lain-lain.
 
Tapi hari ini saya ingin berkongsi tentang satu perniagaan  yang lain dari yang lain. Perniagaan yang paling  menguntungkan, dan dijamin tidak akan rugi.Hari ini bila orang fikir nak berniaga, akan fikir dua tiga kali kerana adat berniaga ni kata orang ada untung ada rugi. Justeru mesti  berani ambil risiko ini. Kalau yang tidak pandai berniaga, alamatnya silap hari bulan boleh jadi bankrup.
 
So excuse me, what was that you were saying just now?
 
Perniagaan yang sentiasa UNTUNG takkan RUGI?
 
Ada ke perniagaan yang guarantee takkan rugi? Are you kiddin' me, man?
 
Hey, wait up! 
 
Ada.
 
Memang ada. 
 
Berniaga dengan Allah.
 
Firman Allah:
 
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ يَرۡجُونَ تِجَٰرَةٗ لَّن تَبُورَ ٢٩

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian
.”
                                                                                                            (Surah Faathir ayat 29)
 
Dalam ayat tersebut,Allah memberi bayangan sesiapa yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai rujukan dan bacaan,mendirikan solat samaada wajib mahupun sunat,,mengamalkan sedekah jariah dan menderma sebahagian dari rezeki yang diterima,maka mereka ini adalah tergolong dalam golongan yang sedang mengusahakan perniagaan yang sememangnya tak akan rugi selama-lamanya.
 
Sungguh..!!! 
 
INI BUKAN GURAUAN.
 
Bisnes yang boleh selamat dari api neraka?
 
Iye ke nih?
 
First time dengar nih.
 
Dalam Al Quran,Allah ada menyatakan kepada manusia yang beriman tentang satu perniagaan yang boleh menyelamatkan manusia itu dari dijilat oleh api neraka.
 
Firman Allah :
 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢
  1. 10. Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
  2. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
  3. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adnin". Itulah kemenangan yang besar. (Surah As-Saff ayat 10-12)
 
Mereka yang dimaksudkan dalam ayat diatas adalah :
-Manusia yang meletakkan keimanan dan ketaqwaan hanya pada Allah Rabbul Jalil.
-Mereka yang berjuang membela agama dan berjihad fisabilillah.
-Orang yang berkorban di jalan Allah dari sudut tenaga,harta benda mahupun nyawa demi mengharap keredhaan Allah.
 
Inilah yang dinamakan bisnes yang pastinya tidak akan merugikan malahan akan memberikan keuntungan yang tidak terhingga kepada pesertanya. Sesungguhnya keuntungan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini tidak mampu ditandingi oleh mana-mana syarikat perniagaan yang terdapat dimuka bumi ini.