Kesakitan hadapi sakaratul maut amat menyeksakan

Posted in Laman Ilmu



Oleh : Ustaz Amidi bin Osman
            Satu masa nanti akan tiba saat sakaratul maut sebelum ke alam barzakh,Ia adalah waktu yang penting kerana penentuan ini adalah berdasarkan kepada sabda rasulullah s.a.w : Setiap amalan ini berdasarkan kepada penyudah dalam hidup kita.”

            Baginda mengingatkan supaya kita sentiasa berdoa : “ Ya Allah, tolong sudahkan kehidupan kami ini dengan husnul khatimah dan jangan sekali-kali matikan kami dalam keadaan suul khatimah “

            Sakaratul maut terbahagi kepada  dua iaitu sakarat yang membahagiakan dan sakarat yang menjadikan kecelakaan kepada seseorang berdasarkan amalan sepanjang kehidupan di dunia ini.

            Orang yang hampir dengan kematian ,antara perkara akan diubah oleh Allah SWT ialah masa yang dirasakan panjang ,sat itu dibuka hijab pada matanya ,akan mula melihat bagaimana malaikat turun untuk mencabut nyawa.

            Menurut hadis riwayat Barraq bin A’zid, “ Anak Adam ini akan ditegur oleh malaikat : Wahai anak Adam aku mencari setitis air untuk kamu telan sudah tidak ada,aku cari selangkah untuk kamu melangkah sudah tidak ada ,aku cari sepatah perkataan yang keluar daripada mulut kamu sudah tidak ada ,wahai roh sila keluar daripada jasad ini.”

Kesakitan saat sakarat

            Pada waktu itu kita akan melalui saat sakarat dan mengalami kesakitan amat sangat .Jika digambarkan sakitnya kematian itu seperti diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya,semua bahagian anggota tubuh yang disentuh akan merasai sakit sehingga rasa itu menjalar dalam darah,daging,tulang-tulangnya ketika tiba saat nyawanya akan dicabut.Urat saraf orang yang hampir dengan kematian akan berasa sakit ,begitu juga sendi dan setiap akar rambut hingga hujung kaki .Hujung jari kaki akan jatuh sedikit demi sedikit.

            Sakit sakaratul maut itu dikatakan bagai ditikam dengan seratus libasan pedang,terasa bagai digergaji,digunting tubuh badan.Terlalu menyakitkan sehingga jeritan suara tidak kedengaran dan rasa sakit itu memuncak sehingga menembusi dasar hati.

Akal lumpuh,lidah membungkam,sendi lemah

          Akibatnya ,hilang tenaga dan semua anggota badan jatuh serta menjadi sangat lemah ,tidak berdaya untuk meminta pertolongan sekalipun.Kesakitan akibat sakaratul maut sehingga melumpuhkan akal, mengbungkam lidah dan melemahkan semua sendi.

            Sebenarnya ,pada saat itu ingin sekali kita berteriak dan bertempik untuk mohon bantuan,namun tiada kuasa serta kemampuan melakukannya.

            Imam Qurtubi dalam kitabnya tazkirah fi Al-Amwat menjelaskan,pada ketika inilah malaikat mula masuk ,Malaikat daripada kumpulan yang pertama akan memasuki tubuh melalui hujung kaki terlebih dahulu .Tarikan melalui hujung kaki sehingga ke bahagian lutut memutuskan urat dalam tubuh badan hingga peringkat tidak mampu melakukan apa-apa lagi .Hanya kedengaran dengusan nafas kesakitan.

           Pada peringkat kedua ,malaikat mula menarik roh dari bahagian lutut sehingga ke perut.Roh akan mula turun ke bahagian pusat dan mula kesejukan.Ketika itu warna kulit berubah menjadi kebu-abuan mirip kepada warna tanah liat.
            Sekujur tubuh di bahagian dalam dan luar akan berasa pedih.Bola mata terbeliak memandang ke atas ,lidahnya mengerut masuk kedalam bibir ,bibir mengetap dan tertarik ke balakang .Bagi lelaki ,kedua-dua buah zakarnya terangkatnaik kerana menahan kesakitan,kemudian keadaan hujung jari jemari berubah warna menjadi hitam kehijau-hijauan dan badan menjadi kaku.

            Telapak kaki mula menjadi sejuk,kemudian menjalar sehingga ke bahagian betis dan peha sehingga sakarat tiba dibahagian kerongkong atau halkum .Urat dibahagian perut akan terangkat naik.pada waktu inilah tiba saat penting dan kelihatan titik-titik peluh pada bahagian dahinya.

            Beruntunglah mereka yang mengalami keadaan seperti ini kerana pada saat itu dia dapat melihat rahmat dan tempatnya dalam surga Allah S.W.T .Wakyu ini malaikat mula turun ,malaikat akan berubah kepada wajah ayah dan ibunya ,serta meminta supaya tidak bimbang serta takut dengan kematian.  

Malaikat sampaikan khabar gembira

            Malaikat juga menyampaikan khabar gembira bahawa syurga Allah S.W.T sedang menanti mereka yang beriman kepadanya.Pada saat itulah wajahnya akan menjadi sangat jernih dan mula melihat tempatnya dalam syurga.
            Apabila roh mula keluar melalui mata ,mulut secara pantas akan menyebut Lailahaillah muhammadar Rasulullah,keluar sahaja rohnya ,lalu disambut oleh 600,000 malaikat Allah S.W.T.

            Diriwayatkan Bariq bin Azid ,Rasulullah S.A.W menjelaskan pada saat roh keluar daripada jasad seumpama air yang mengalir dari cerek dan dimasukkan ke dalam bekas.Setelah roh dimasukkan kedalam bekas itu,maka seluruh alam akanberbau harum dan malaikat menyebut beruntunglah dia kerana tergolong dalam kalangan ahli syurga Allah S.W.T.

            Hanya dua makhluk di muka bumi ini yang tidak dapat menghidu keharuman daripada roh itu,iaitu jin dan manusia .Roh akan mula keluar daripada jasad dan malaikat akan mengbungkus roh denganbungkusan kasturi.
            Lalu roh akan dinaikkan ke langit pertama malaikaat yang menjaga langit pertama akan bertanya: “Roh siapakah ini”? Dan dijawab :Roh siapakah ini ini? Dan dijawab: Roh fulan bin fulan.Malaikat berkata,beruntunglah dia kerana ditempatkan dalam syurga Allah.”

            Kemudian dinaikkan roh itu kelangit kedua dan seterusnya   hingga ke langit ketujuh.Apabila dihadapkan di hadapan Allah S.W.T ,ditentukan dia di dalam syurga Illiyeen.Lalu roh itu akan diturunkan terus berada di hujung kepalanya,pada saat itu kita mula hidup di alam ketiga dan nampak bagaimana jasad diuruskan.

Artikel ini diambil dariBerita Harian ruangan Mau’izati IKIM.fm 5 september 2015