PIMPIN CETUS MEKANISME BARU SANTUNI GOLONGAN PESAKIT MENTAL

 

UMP Gambang, 28 September 2018 – Seramai 100 orang dari kalangan warga UMP dan agensi luar yamg terdiri daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Jabatan Penjara Penor dan institusi-institusi pendidikan temapatan telah menghadiri Bengkel Rawatan Sakit Mental anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang atau singkatannya PIMPIN.

1 FILEminimizer

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk memahami dengan jelas dan mempunyai pengetahuan mengenai isu kesihatan mental, mengetahui penyebab, simptom dan rawatan yang sepatutnya untuk penyakit mental dan menjadikan seminar sebegini sebagai satu platform untuk memberi kesedaran bahawa penyakit mental satu ancaman yang bahaya.

5 FILEminimizer

Seminar yang dianjurkan buat julung kalinya ini telah menampilkan penceramah-penceramah berkaliber dan pakar dalam bidang psikiatri, pengubatan Islam dan teknologi maklumat. Antaranya adalah Prof. Madya Dr. Ramli Musa, Perunding Psikiatri yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Kuliyyah Perubatan UIAM. Seterusnya Tuan Guru Dr. Haji Jahid Haji Sidek, Pengasas Pusat Rawatan Al-Manarah dan Prof. Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab yang merupakan Dekan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang.

2 FILEminimizer

Sepanjang sehari program ini berjalan, pelbagai isu kontemporari dan nasional dikupas oleh barisan pembentang dengan dibahagikan kepada 3 slot iaitu Slot 1: Penyakit Mental: Satu Ancaman Besar Masyarakat Moden, Slot 2: Biofeedback: Mengukur Tahap Ketekanan Melalui Biofeedback, Slot 3: Hubung Kait Gila Isim dengan Gangguan Jin: Apakah Tanda-tanda & Cara Merawat Melalui Perubatan Islam.

3 FILEminimizer

Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada penceramah. Turut hadir Dr. Mahyuddin Ismail, Pengarah Pusat Islam UMP mneyerikan majlis.

 

 

 

PIMPIN ANJUR BOWLING MAHABBAH ERATKAN MAHASISWA & STAF

KUANTAN, 24 September 2018 – Seramai 80 orang yang terdiri dari mahasiswa dan staf UMP telah menyertai Acara Bowling Mahabbah yang berlangsung di Berjaya Megalanes, Kuantan, Pahang.

3 SHAHRUL NIZAM BIN MD AHIR FILEminimizer

Program ini adalah merupakan salah satu daripada aturcara yang terkandung dalam Karnival Mahabbah 8.0 yang diadakan  bertujuan mengeratkan silaturrahim antara peserta selain menyahut tuntutan agama agar beriadah kerana ianya merupakan sukan yang menyihatkan.

 

Konsep permainan adalah mengikut pasukan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur di mana 1 kumpulan dibahagikan kepada 5 orang yang menyaksikan 11 lanes berentap sebanyak 2 pusingan.

5 SHAHRUL NIZAM BIN MD AHIR FILEminimizer

Dalam kejuaraan tersebut, kumpulan pelajar yang meraih mata tertinggi dengan menjatuhkan sebanyak 1200 pin dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

 

Menurut Ustaz Shahrul Nizam yang merupakan penyelaras aktiviti, permainan bowling ini diadakan bukanlah bermaksud untuk mencari pemenang terhandal tetapi lebih kepada mendorong peserta bersatu dalam pasukan dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri peserta yang berkisar tentang keakraban lebih-lebih lagi bersua dengan orang yang baru dikenali.

 

Program berakhir dengan ucapan dari penyelaras dan penyampaian hadiah kepada pasukan bertuah.

250 HADIRI KURSUS PRA-PERKAHWINAN ANJURAN PIMPIN

UMP Gambang, 22 September 2018 – Pusat Islam & Pembangunan Insan, UMP dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang meneruskan usaha mendidik mahasiswa ke arah pembentukan institusi kekeluargaan yang harmoni dan Islami.

1

Program yang dihadiri seramai 250 orang ini diadakan bertujuan memberi pendedahan awal tentang alam perkahwinan kepada para peserta yang ingin berumah tangga selain memberi panduan kepada para peserta berkaitan cara menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan hingga ke hari pernikahan serta memberi panduan bagi menghadapi konflik dalam rumahtangga dan cara mengatasinya dengan berkesan.

2

Program yang dibarisi 9 orang penceramah pakar lantikan Jabatan Agama Islam Pahang yang berpengalaman tinggi dalam bidang kesihatan, pengurusan rumah tangga, komunikasi dan perundangan.

3

Selama 2 hari program ini dijalankan, sedikit sebanyak telah memberikan pendedahan berguna kepada para peserta dalam menghadapi gerbang perkahwinan sekaligus memberi perangsang supaya menyegerakan perkahwinan dan menjauhi maksiat. Program berakhir dengan penyampaian sijil kursus dan jamuan minum petang.

4

 

FESTIVAL RAMADAN 2018 GERBANG AMAL SOLEH WARGA UMP

 

Program: Anda Tanya Ustaz Jawab

Selasa, 15 Mei 2018 bersamaan 29 Sya’ban 1439H telah berlangsung Program Anda Tanya, Ustaz Jawab di bawah tajuk ‘Ramadhan Datang, Bersediakah Kita?’ yang telah disampaikan oleh Dr Mansor bin Sulaiman, Pensyarah Kanan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) Universiti Malaysia Pahang. Program ini telah bertempat di Dewan Tun Fatimah Universiti Malaysia Pahang cawangan Gambang dengan mengambil masa selama 3 jam iaitu pada pukul 8 pagi sehingga 11 pagi. Seramai hampir 100 orang daripada warga Universiti Malaysia Pahang telah menyertai program ini. Seterusnya, program ini adalah merupakan program tahunan dengan bertujuan bagi menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini.

atuj1  

     

Program: Klinik Hukum Ramadhan

Jumaat, 18 Mei 2018 bersamaan 3 Ramadhan 1439H telah berlansung Program Klinik Hukum Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor Hidayat bin Abu Bakar, Pegawai Agama Penjara Penor, Pahang. Program ini bertempat di Masjid Universiti Malaysia Pahang cawangan Pekan sementara menunggu waktu solat Jumaat dilaksanakan. Seramai lebih 50 orang yang terdiri daripada warga Universiti Malaysia Pahang telah menyertai program tersebut. Program ini dijalankan dengan mengumpul soalan-soalan atau kemusykilan berkaitan dengan ibadah di dalam bulan Ramadhan atau selainnya. Sebanyak 20 soalan telah dikumpulkan telah dijawab dan diberikan keterangan oleh penceramah kepada pendengar.

kh1

Program: Bubur Lambuk @ Kuala Pahang

Khamis, 31 Mei 2018  bersamaan 16 Ramadhan 1439H telah diadakan Program Bubur Lambuk @ Kuala Pahang yang bertempat di RTC Kuala Pahang. Program ini adalah kerjasama di antara Universiti Malaysia Pahang dan Komuniti Kuala Pahang. Seramai 30 orang wakil daripada UMP yang terdiri daripada Unit Perpustakaan dan Unit Keselamatan telah mengambil bahagian. Aktiviti ini dimulakan dengan rewang, dimana semua yang terlibat membantu dalam penyediaan bahan-bahan masakan (memotong, mengupas dan sebagainya). Selesai sahaja penyediaan bahan masakan, aktiviti seterusnya adalah sesi memasak. 10 kawah telah disediakan dan 2 daripadanya adalah hasil masakan daripada warga UMP sendiri. Sebanyak 600 bekas bubur lambuk berjaya dihasilkan dan agihan telah dibuat kepada warga UMP cawangan Pekan pada waktu setelah tamat bekerja.

  blkp1

 

Program: Open Mic Ramadhan

Khamis, 31 Mei 2018 bersamaan 16 Ramadhan 1439H telah berlangsung program Open Mic Ramadhan yang bertempat di ruang legar Masjid Universiti Malaysia Pahang cawangan Gambang sementara menanti waktu berbuka puasa. Program ini dijalankan di bawah tajuk ‘Badar Kubra, 1 Perjuangan’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Azfarizam, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Seramai hampir 600 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi serta staf Universiti Malaysia Pahang telah menyertainya. Program ini bertujuan bagi memperingati salah satu daripada peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Perang Badar serta apakah hikmah dan implikasinya di masa kini.     

om1

Program: Kuliah Dhuha Ramadhan Special

Rabu, 6 Jun 2018 bersamaan 21 Ramadhan 1439H telah diadakan program Kuliah Dhuha Ramadhan Special bertajuk ‘Mengejar Lailatul Qadar’ yang disampaikan oleh Dr. Mohd Suhardi bin Mat Jusoh, Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) Universiti Malaysia Pahang. Program ini bertempat di Dewan Kuliah Utama PBMSK, Universiti Malaysia Pahang, Pekan pada waktu 9 hingga 11 pagi. Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada hampir seramai 80 orang wakil daripada agensi kerajaan dan Badan Berkanun di sekitar Pekan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan beribadah di dalam bulan Ramadhan terutamanya ketika 10 malam yang terakhir serta fadhilat dan ganjaran Lailatul Qadar.

kd2

  

Program: Seminar Nuzul Al-Quran

Selasa, 5 Jun 2018 bersamaan 20 Ramadhan 1439H telah berlangsungnya Seminar Nuzul Al-Quran bertempat di Dewan Tun Fatimah, Universiti Malaysia Pahang cawangan Gambang pada jam 9 hingga 11 pagi. Tajuk yang diketengahkan dalam program ini adalah ‘Melahirkan Anak Cintakan Al-Quran’ yang disampaikan oleh Ustaz Bakhtiar Fitri bin Hj Abdul Hamid iaitu pengasas Modul Motivasi Kanak-kanak Cinta Ilahi. Hampir 100 orang daripada warga Universiti Malaysia Pahang yang menyertainya. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan garis panduan kepada peserta terutamanya di kalangan ibubapa supaya dapat memberikan pendidikan yang sewajarna kepada anak-anak mereka khususnya dalam pendidikan Al –Quran. Terdapat banyak tip dan perkongsian yang dihuraikan oleh penceramah berkaitan dengan didikan yang terbaik untuk kanak-kanak supaya mereka lebih cenderung untuk mengenali dan mencintai Al-Quran.

na1

     

Program: Bubur Lambuk Komuniti @ Kuantan

Isnin, 4 Jun 2018  bersamaan 19 Ramadhan 1439H telah diadakan Program Bubur Lambuk Komuniti @ Kuantan yang bertempat di MPK Kuantan. Program ini merupakan anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor UMP dan RTM Pahang dan ia juga merupakan program tahunan. Program ini dimulakan dengan rewang, dimana semua yang terlibat membantu dalam penyediaan bahan-bahan masakan (memotong, mengupas dan sebagainya). Selesai sahaja penyediaan bahan masakan, aktiviti seterusnya adalah sesi memasak iaitu pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan sesi pembungkusan pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang. 7 kawah telah disediakan hasil daripada sumbangan Alam Media Enterprise, Tirai Anjung Enterprise, Kelab Matahari UMP dan juga UMP Holding. Sebanyak 2,500 bekas bubur lambuk berjaya dihasilkan dan agihan telah dibuat kepada orang ramai yang berbuka puasa di sekitar padang tersebut. Program ini telah dihadiri oleh YB Profesor Dato' Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor UMP dan beliau telah mengedarkan bubur lambuk sebanyak 50 bekas kepada orang ramai yang berbuka di padang dan beliau juga diiringi oleh Encik Abd. Hamid Bin Majid, Ketua Pegawai Operasi UMP.

bl1

Program: Jejak Asnaf

Program ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Unit Kebajikan, Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Pahang. Program ini dijalankan dengan melancarkan tabung asnaf yang beroperasi selama 3 minggu. Hasil daripada kutipan ini, sebanyak RM 4,500 telah berjaya dikutip dan jumlah ini digunakan untuk menyediakan kit keperluan asasi. Antara yang disediakan dalam kit keperluan asasi itu adalah seperti beras, minyak masak, tepung, gula, milo, susu pekat, biskut, kordial dan juga ketupat nasi. Sumbangan ini telah diedarkan kepada 18 orang staf UMP di cawangan Pekan pada 5 Jun 2018 bertempat di Dewan Bankuet, manakala 20 orang staf UMP di cawangan Gambang pada 8 Jun 2018 yang bertempat di Pejabat PIMPIN. Bantuan ini telah diserahkan kepada staf UMP yang kurang berkemampuan bagi memudahkan mereka dalam menghadapi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

asnaf1

    

Program: Quran Hour

Khamis, 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H telah diadakan Program Quran Hour bersempena dengan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Universiti Malaysia Pahang yang bertempat di Masjid UMP cawangan Pekan. Program ini merupakan anjuran PIMPIN dengan kerjasama Rumah Ngaji. Seterusnya, program ini juga telah dihadiri oleh 10 orang wakil setiap Pusat Tanggungjawab Universiti Malaysia Pahang dan mereka telah dibahagikan kepada 30 kumpulan yang mempunyai 10 orang bagi setiap kumpulan. Oleh itu, setiap kumpulan dikehendaki untuk menghabiskan bacaan Al-Quran sebanyak 1 juz bagi setiap setiap kumpulan yang telah dibahagikan. Selain itu, sesi tausiyah juga di sediakan selepas Majlis Khatam Al-Quran selesai yang telah disampaikan oleh Dr Azhar bin Jaafar @ Ramli iaitu Timbalan Naib Presiden Akademik Kolej Universiti Yayasan Pahang. Seterusnya, majlis penyampaian saguhati kepada setiap Pusat Tanggungjawab UMP telah disampaikan oleh Dr Mahyuddin bin Ismail iaitu Pengarah PIMPIN.

qh1

 

Program: Iftar Jama’ie

Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) setiap kali tiba bulan Ramadhan di kedua-dua kampus bermula 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. PIMPIN telah menyediakan juadah berbuka puasa yang disediakan dan dimasak secara gotong royong dengan kerjasama daripada penglibatan semua Pusat Tanggungjawab UMP. Di Kampus Gambang, aktiviti gotong royong memasak telah diketuai oleh Chef Kamarul Anwar dengan jumlah penyediaan sebanyak 800 orang, manakala di Kampus Pekan telah diketuai oleh Puan Shahidah dengan jumlah penyediaan sebanyak 600 orang. Pelaksanaan program ini telah memperuntukkan dana sebanyak RM 132,200 untuk menampung kos penyediaan juadah berbuka puasa bagi kedua-dua kampus. Peruntukan ini juga termasuk dalam penyediaan sahur yang dibekalkan sebanyak 200 unit bagi Kampus Gambang dan 100 unit bagi Kampus Pekan pada 10 malam yang terakhir.

iftar2

Program: Aktiviti Harian Ramadhan

Tadarus Al-Quran. Aktiviti ini telah dijalankan seperti biasa dengan melibatkan keterlibatan daripada mahasiswa dan juga staf Universiti Malaysia Pahang bermula pada 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. Jadual tadarus bagi mahasiswa adalah pada waktu selepas solat Isyak, manakala jadual tadarus bagi staf UMP pula pada waktu selepas solat Zohor. Setiap kumpulan ditetapkan untuk menghabiskan sebanyak 1 Juz setiap hari.

qh3

Solat Tarawih. Solat tarawih telah dijalankan di kedua-dua kampus UMP sebanyak 8 rakaat bermula pada 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. Solat Tarawih ini telah diketuai oleh Ustaz Abdul Majid di Kampus Gambang, manakala Ustaz Hairie Aizat di Kampus Pekan.

Jom Lepak Masjid Special Edition. Program ini merupakan 1 inisiatif bagi membuka ruang dan peluang kepada mahasiswa UMP untuk beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan. PIMPIN telah menyediakan sahur kepada mereka yang beriktikaf dan berqiyamullail di masjid bermula pada 6 Jun 2018 hingga 13 Jun 2018.

 

Program My Intellectual Circle (MyIC)

Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK), Universiti Malaysia Pahang buat ulung kalinya telah mengadakan satu program yang berteraskan pengisian ilmiah iaitu My Intelectual Circle (MyIC) yang telah berjaya dihadiri hampir 1000 orang daripada pelajar kampus Gambang dan 600 orang daripada kampus Pekan. MyIC adalah satu program pembangunan sahsiah diri dan spiritual yang melibatkan pelajar UMP yang mengambil subjek Kemahiran Insaniah. Program ini telah dijalankan di kedua-dua kampus UMP iaitu 27 Februari 2018 dan 7 Mac 2018 bagi kampus Gambang dan 1 Mac 2018 dan 8 Mac 2018 di kampus Pekan.

IMG 20180227 211654

Program ini dijalankan dua kali dalam satu semester di setiap kampus. Dijalankan pada waktu malam selama 2 jam dari 8.00 – 10.00 malam. Program ini diwajibkan untuk pelajar yang mengambil subjek Softskill 1 (UHS1021). Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang diketuai oleh seorang fasilitator daripada kalangan pelajar UMP yang berjaya dipilih melalui sesi temuduga yang telah disediakan. Pelajar menggunakan modul yang telah disediakan untuk dibincangkan dalam kumpulan. Modul dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bab Akidah untuk slot 1 dan Bab Ibadah untuk slot 2. Pelajar akan diambil kehadiran ke program dan dimasukkan markah dalam assessment mereka.

IMG 20180227 211828

 

Sebelum pelajar dibahagikan kepada kumpulan, mereka diwajibkan untuk mendengar slot pengisian selama 30 minit yang disampaikan oleh Dr Mohd Suhardi bin Mat Jusoh, pensyarah PBMSK. Slot yang pertama dijalankan di Astaka kampus Gambang dan DKU PBMSK kampus Pekan. Manakala slot yang kedua dijalankan di Masjid kampus Gambang dan Pekan.

IMG 20180301 205959

Bertepatan dengan tujuan yang diketengahkan adalah untuk melahirkan generasi mahasiswa sebagai jurutera yang holistik dan berkualiti di samping seimbang dalam akademik dan juga kemantapan dari segi rohani. Selain daripada itu, program ini juga untuk melahirkan mahasiswa yang cakna terhadap perkembangan isu semasa sama ada di peringkat dalam Negara ataupun di peringkat global. Seterusnya ia juga bagi memupuk budaya muslim profesional dalam kalangan mahasiswa UMP.                                                                                                                                                                                        

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM

PEKAN, 10-11 Mac 2018 – Hampir 200 orang warga UMP dan komuniti setempat telah menyertai Kursus Pra Perkahwinan Islam anjuran bersama Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA 5) dan Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, PBMSK, UMP Pekan.

Kursus Pra Perkahwinan ini merupakan inisiatif bersama PIMPIN dan PEKA 5 untuk memberi pendedahan awal tentang alam perkahwinan disamping ianya menjadi syarat khusus bagi setiap remaja yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Antara topik hangat yang dibincangkan dalam kursus ini ialah berkenaan Ibadah, Akidah, Hubungan Dalam Keluarga, Pengurusan Masa dan Kewangan Dengan Berkesan, Pengenalan tentang Talak dan Rujuk dan lain-lain tajuk yang disampaikan oleh panel-panel yang bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pegawai Perubatan dan juga daripada Perunding Kewangan.

Kursus Pra Perkahwinan Islam ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang di UMP Kampus Pekan kerana secara jelasnya,objektif kursus ini adalah untuk memberi panduan kepada para peserta berkaitan cara menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan hingga ke hari pernikahan. Selain itu juga,kursus ini turut memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang alam perkahwinan kepada para peserta yang akan berumahtangga. Seterusnya kursus ini juga turut memberi panduan dalam menghadapi konflik dalam rumahtangga dan cara untuk mengatasinya dengan berkesan.