JOM LEPAK @MASJID PERMATANG BADAK MERIAH!



Kuantan, 20 Mei 2016 -
Pusat Islam dan Pembangunan Insan(PIMPIN) UMP sekali lagi telah berjaya menganjurkan Program Jom Lepak @ Masjid,  dengan kerjasama  Masjid Lama Permatang Kuantan.
Program ini adalah kesinambungan dari program sama yang telah dijalankan dengan jayanya di Masjid Paya Bungor, Kuantan bulan april lalu. Menurut Pengarah Program Jom lepak @ Masjid, Ustaz Shahrul Nizam bin Md Akhir, lokasi kali ini adalah salah satu siri jelajah komuniti dan revolusi dalam penjenamaan UMP bagi  program khidmat komuniti.


Melalui program ini diterapkan elemen dakwah, ibadah dan khidmat sosial kepada masyarakat setempat sekaligus membuktikan mahasiswa universiti dan komuniti berpisah tiada. Objektif utama program ini, adalah untuk menyeru masyarakat setempat terutama generasi muda mengimarahkan masjid.


Selain itu program ini merupakan salah satu medium bagi warga UMP untuk berbakti kepada masyarakat setempat. Program ini berlangsung selama dua hari dan melibatkan penyertaan pelajar UMP dari kampus pekan dan gambang. Antara aktiviti yang telah diatur dan dijalankan ialah Forum Muqarabin yang bertajuk “Malam Pertama Alam Kubur”. Barisan Panel Forum ialah Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni bin Abdul Wahab, Pengetua Maahad Tahfiz Ribath al-Mustafa dan Dr. Mohamad Hilmi Bin Mat Said, Pensyarah Kanan UMP.  Aktiviti-aktiviti lain ialah Qiammullail, Kuliah Subuh, Gotong-royong memasak dan pembersihan Masjid bersama Jemaah Masjid Lama Permatang Badak.


Akhirnya ucapan terima kasih kepada Pengerusi Masjid Lama Permatang badak iaitu Dr. Mohamad Hilmi bin Mat Said, AJK Masjid dan Penduduk setempat atas kerjsama menjayakan program di atas dan sangat diharapkan agar program baik seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa yang akan datang dalam merealisasikan hasrat  UMP  iaitu “memasyarakatkan Teknologi”.










KAYUHAN IHYA' RAMADAN GALAK WARGA UMP DEKATI KOMUNITI



UMP Pekan, 27 Mei 2016
– Lebih 20 buah basikal terlibat dalam program Kayuhan Ihya’ Ramadhan yang merupakan anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan dangan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) bersempena Festival Ramadan 1437h.  Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan Staf UMP Pekan dengan diiringi 4 orang Marshall Pahang dan 2 orang Polis Trafik bagi melancarkan Program Kayuhan Ihya Ramadhan yang telah bermula seawal jam 8.30 pagi.

Perjalanan berbasikal bermula dari pintu Utama UMP Pekan dan telah melalui sebanyak 7 buah kampung antaranya Kampung Serandu, Tanjung Selangor, Kampung Pulau Serai, sekitar kawasan perumahan disepanjang Jalan Kuantan - Pekan, Taman Sri Maulana, Kampung Pulau Tambun, Kampung Marhum  dan berakhir di Pusat Aktiviti Pelajar UMP Pekan melalui pintu masuk kedua UMP sejauh 37 kilometer.

Dalam Program yang berjalan selama setengah hari ini, pelbagai aktiviti telah disusun antaranya adalah mengedarkan flyers dan risalah kepada penduduk kampung bersempena kedatangan bulan Ramadan serta berkongsi kelebihan Ramadan dan juga berpeluang untuk beramah mesra dengan orang awam.

Program ini diadakan adalah bertujuan bagi menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadhan disamping memberi pengalaman yang baru kepada peserta dalam membina hubungan baik antara universiti dan komuniti. Semoga program ini diadakan pada masa-masa akan datang.








FORUM LAMBAIAN CINTA HAKIKI

FORUM LAMBAIAN CINTA HAKIKI

Tarikh: 6 Mei 2016
Tempat: Pusat Pelajar, UMP Pekan
Kerjasama: Kelab TAHA UMP
Ahli Panel:

*Al-Fadhilah Ustazah Yaminah binti Yahya, Wakil Tabung Haji
*Al-Fadhilah Ustazah Husna binti Hashim, Pensyarah UMP
*Haji Muhamad Shamil Irsyad, Haji Muda












JOM LEPAK @MASJID PAYA BUNGOR

JOM LEPAK @MASJID PAYA BUNGOR

Tarikh: 29 - 30 April 2016

Tempat: Masjid Paya Bungor, Kuantan
Aktiviti:
  • Forum Al-Muqarrabin
  • Kursus Sembelihan Secara Islam
  • Gotong-Royong












Anda Tanya Ustaz Jawab: Skim Cepat Kaya

Anda Tanya Ustaz Jawab: Skim Cepat Kaya: Mudharat Atau Nikmat
Tarikh: 29 April 2016
Tempat: PBMSK, UMP Pekan
Penceramah: Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Noor
Kerjasama: Jabatan Pendaftar