Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMP 1434H / 2013

Universiti Malaysia Pahang, 28 Januari 2013 - Perarakan Maulidur Rasul 1434H peringkat Universiti Malaysia Pahang telah berlangsung dengan jayanya dengan disertai oleh seluruh warga kerja UMP yang melibatkan 22 kontinjen dari pelbagai PTJ(jabatan). Anugerah perarakan terbaik telah disempurnakan oleh yang berbahagia Prof. Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim selaku Naib Canselor UMP. Majlis turut diserikan lagi dengan alunan persembahan qasidah dan selawat dari Kumpulan Dervish Mawlid Ensemble. Tema sambutan Maulidurrasul 1434H pada kali ini 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' adalah diharapkan dapat merapatkan lagi ukhwah dalam kalangan warga UMP. Berikut adalah senarai penerima anugerah terbaik perarakan 1434H :

1. JHEPA
2. Gabungan JHEAA/IO/CAIC/BJIM/PPS/GACC
3. PBMSK
4. FSKKP
5. BENDAHARI

Pelajar UMP Ke Bumi Mesir

UMP, Januari 2013 - Kumpulan pelajar Universiti Malaysia Pahang seramai 20 orang telah berangkat ke Mesir sempena PROGRAM IJAZAH SANAD AL-QURAN dijadualkan berlangsung selama 2 minggu. Program yang diadakan ini telah diiringi 2 orang staf PIMPIN iaitu Prof. Madya Dr. Hasan Bin Ahmad, Pengarah PIMPIN serta Cik Nor Suhaiza Binti Zainuddin, Pegawai Hal Ehwal Islam. Menurut Pengarah PIMPIN, aktiviti yang berprestij ini diharapkan dapat menjadi aktiviti tahunan demi melahirkan mahasiswa teknokrat yang islamis. Rombongan delegasi UMP ini dijadualkan berangkat pulang penghujung minggu pertama Februari 2013.