MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2014 MERIAH!

UMP, 24 Februari - 1 Mac 2014 – Program Minggu Penghayatan Islam 2014 telah diadakan serentak di UMP Kampus Pekan dan Gambang dengan jayanya hasil kerahan tenaga dan semangat setiakawan oleh seluruh warga UMP sama ada staf mahupun pelajar. Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam & Pembangunan Insan, Perwakilan Kolej Kediaman Pelajar 5 dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni ini adalah merupakan acara yang dirancang bertujuan menimbulkan kesedaran kepada penghayatan Islam yang lebih mampan dikalangan staf dan pelajar.

Program ini berjalan selama 6 hari yang bermula 24 Februari – 1 Mac 2014. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Diskusi Ilmiah : Cabaran Dunia Islam Abad Moden, Kursus Usahawan Muslim, Seminar Smart Solat, Seminar Perubatan Islam, Talk Show : I Love Rasulullah dan dihiasi penuh meriah dengan pertandingan-pertandingan seperti azan, syarahan, tilawah, hafazan, nasyid serta Qiamullail : Tahajud Cinta, Malam Cinta Rasul dan Malam Kesenian Islam yang melibatkan panelis terkemuka seperti Prof. Madya Dr. Muhammad bin Ibrahim, Prof. Madya Dr. Hasnan bin Kasan, Al- Fadhil Ustaz Mohamad Hazmi bin Dibok, Syeikh Abdul Karim al-Makki, Dr. Mahyuddin bin Ismail,  Al- Fadhil Ustaz Rashidy Jamil, Bro. Shah Kirit, Kumpulan Qasidah AMJ Barakah, Tuan Syed Izam Syed Mokhtar dan artis jemputan AMAR.

Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Yuserrie bin Zainuddin, TNC HEPA. Turut hadir dalam majlis perasmian Dr. Zainah binti Md. Zain, Pemangku Pengetua KK5, Saudara Nabil Muhammad, YDP MPP dan Ustaz Mohamad Hasnur yang mewakili Pengarah PIMPIN. Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-‘Asr.







KURSUS KELUARGA SAKINAH 2014

Universiti Malaysia Pahang, 12 Februari 2014 – Bertempat di Dewan Tun Fatimah, Kursus Keluarga Sakinah telah berlangsung dengan jayanya dan melibatkan penyertaan dari warga UMP khasnya. Kursus ini telah dianjurkan dengan gandingan Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Bahagian Latihan & Pengembangan Kompetensi (BLPK) adalah diharapkan dapat menyuntik pendedahan awal kepada warga UMP dan kawasan sekitarnya berkaitan ilmu kekeluargaan Islam.

Dua slot yang disampaikan dalam kursus ini, iaitu “Bercinta sampai syurga” dan “Rumahku syurgaku”. Kursus ini menceritakan tentang berkeluarga adalah satu tuntutan agama, kenapa agama sangat penting dalam sesebuah keluarga, perkahwinan dan kehidupan keluarga Rasulullah (SAW) dan banyak lagi.

Kursus yang dihadiri seramai 70 orang peserta ini telah disampaikan oleh  pembentang yang berpengalaman luas dan terkenal iaitu Ustaz Syed Norhisyam al-Idrus seorang personalitI TV.  Majlis turut dihadiri Ustaz Md. Abdu Bin Sahak dan Ustazah Amira Binti Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam yang mewakili Pengarah PIMPIN dan seluruh staf PIMPIN. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab yang berkisar segala permasalahan berkaitan ilmu kekeluargaan Islam.



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H/2014M

UMP, 29 Januari 2014 – Program Sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014M telah diadakan di UMP Kampus Gambang dengan jayanya hasil komitmen yang begitu memberangsangkan oleh seluruh warga UMP tidak mengira staf mahupun pelajar. Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam & Pembangunan Insan dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor ini adalah merupakan acara tahunan Universiti yang dirancang sempena meraikan dan mengingati kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad (SAW).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan perarakan dari Kompleks Sukan UMP hingga ke Masjid UMP Gambang yang disertai oleh setiap jabatan UMP. Selain itu, satu ceramah khas juga dilaksanakan yang melibatkan panelis terkemuka iaitu Dr Zulkifli al-Bakri.. Menurut Dr Zulkifli al-Bakri, mengingati Nabi Muhammad (SAW)  bukanlah acara bermusim, tapi perlu sentiasa dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian iaitu dengan melaksanakan sunnah Rasulullah(SAW).

Majlis ini telah melabuhkan tirainya dengan acara cabutan bertuah dan  penyampaian hadiah kepada Jabatan yang telah memenangi acara perarakan. Jamuan makan juga disediakan kepada semua jemputan yang hadir.

Majlis gilang-gemilang ini telah turut dihadiri Naib Canselor UMP, Professor Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar),  YH. Profesor  Dato’  Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, Pengarah PIMPIN, Dr Mahyuddin bin Ismail dan semua staff UMP. Antara kata-kata yang diucapkan oleh Naib Canselor adalah aktiviti sebegini seharusnya terus dijalankan kerana dapat mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan dikalangan warga Universiti Malaysia Pahang. Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-‘Asr.



MALAM AMBANG TAHUN BARU 2014 MERIAH

UMP, 31 Disember 2013 – Program Sambutan Malam Ambang Tahun Baru 2014 telah diadakan di UMP Kampus Pekan dengan jayanya hasil komitmen yang begitu memberangsangkan oleh seluruh warga UMP tidak mengira staf mahupun pelajar. Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam & Pembangunan Insan dengan kerjasama Perwakilan Kolej Kediaman 5 ini adalah merupakan acara Universiti yang dirancang sempena meraikan Sambutan Tahun Baru yang menjelang pada 2014.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah berkonsepkan Forum Bicara Ad-Din yang melibatkan panelis terkemuka seperti Imam Muda Khairul Azhar Ghazali yang bergandingan dengan Prof. Madya Dr. Muhammad Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pusat Islam UIAM. Majlis turut diselangi dan dihiasi dengan persembahan nasyid pelajar dari kumpulan In-Saff dan Barakah Beggars. Menurut Dr. Muhammad, keazaman yang teguh dan berprinsip perlu dipasakkan dalam minda dan diri agar setiap gerak laku dan cita-cita akan dapat dicapai seperti yang dirancang dan diimpikan.

Ini kerana kebanyakan kita hari ini kerap menabur angan-angan kosong dan tidak meletakkan sasaran yang benar-benar pasti dan jelas. Kerana itu, acapkali tahun baru singgah menjengah hidup, tidak ada sekelumit transformasi terhadap prestasi diri direalisasikan. Majlis yang dipengerusi oleh dua moderator dari Majlis Perwakilan Pelajar UMP ini telah melabuhkan tirainya dengan alunan Asma’ al-Husna dan bacaan doa yang diketuai oleh IM Azhar.

Majlis gilang-gemilang ini telah turut dihadiri Ustaz Md. Abdu Bin Sahak dan Ustazah Amira Binti Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam yang mewakili Pengarah PIMPIN. Katanya aktiviti sebegini seharusnya terus dijalankan kerana dapat mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dikalangan warga Universiti Malaysia Pahang. Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-‘Asr.

 

PENYERTAAN SEMINAR-SEMINAR MINGGU PENGHAYATAN ISLAM!

Assalamualaikum wbt.

Pusat Islam & Pembangunan Insan(PIMPIN) dengan kerjasama JHEPA dan PEKA 5 akan menganjurkan Minggu Penghayatan Islam 2014. Berikut adalah butiran program-program yang akan diadakan sepanjang minggu tersebut bermula 24 Februari - 1 Mac 2014 dan akan berlangsung serentak di UMP Kampus Gambang dan Pekan :

PROGRAMPANELTARIKHTEMPAT
DISKUSI ILMIAH : CABARAN DUNIA ISLAM ABAD MODEN

1. PROF. MADYA DR. MUHAMMAD BIN IBRAHIM,UIAM

2. AL-FADHIL USTAZ MOHAMAD HAZMI BIN DIBOK

24 FEBRUARI 2014
(ISNIN)

AUDITORIUM PERPUSTAKAAN, UMP PEKAN
KURSUS USAHAWAN MUSLIM TUAN SYED IZAM BIN SYED MOKHTAR, CEO AL-YAHYA GLOBAL

25 FEBRUARI 2014 (SELASA)

AUDITORIUM PERPUSTAKAAN, UMP PEKAN
SEMINAR SMART SOLAT PROF. MADYA DR. HASNAN BIN KASAN, UKM & PERSONALITI TV1

26 FEBRUARI 2014
(RABU)

DEWAN TUN FATIMAH, KPU, UMP GAMBANG
SEMINAR PERUBATAN ISLAM DR. MAHYUDDIN BIN ISMAIL, UMP

27 FEBRUARI 2014 (KHAMIS)

AUDITORIUM PERPUSTAKAAN, UMP GAMBANG
TALK SHOW : I LOVE RASULULLAH AL-FADHIL USTAZ RASHIDY JAMIL, PERSONALITI TV1

28 FEBRUARI 2014 (JUMAAT)

AUDITORIUM PERPUSTAKAAN, UMP GAMBANG

Surat edaran jemputan telah dihantar kepada setiap PTJ melalui Ketua Jabatan masing-masing. Penyertaan seminar adalah terbuka kepada pelajar dan staf. Setiap penyertaan bolehlah melalui kaedah berikut :

1.Mengisi borang penyertaan melalui PTJ masing-masing dan faks ke 09-549 2644 atau ;

2.Memo nama penuh, ID, jabatan/fakulti dan nama program kepada CIK NORHAIDA BINTI AHMAD ZABIDI atau email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Perkhidmatan bas disediakan bagi setiap program masing-masing di kedua-dua kampus. Maklumat bas adalah seperti berikut :

1. Terhad 40 orang sahaja

2. Masa bertolak 8.15 pagi

3. Lokasi menunggu : Hentian Bas hadapan FKEE(UMP Pekan) dan Hentian Bas Hadapan Pejabat Keselamatan(UMP Gambang)

 

Penyertaan adalah terhad 100 orang terawal sahaja dan mata CPD disediakan untuk staf dan merit untuk pelajar. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi urusetia program ditalian 09-549 2645(Ustazah Amira) atau 09-424 5734(Ustaz Hasnur).

DAFTAR SEGERA!!


PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH UMP 1435H / 2013 MERIAH!

UMP, 14 November 2013 – Program Sambutan Maal Hijrah 1435H peringkat UMP telah diadakan serentak di Kampus Pekan dan Gambang dengan jayanya hasil kerahan tenaga dan semangat kesatuan oleh seluruh warga UMP tidak mengira staf mahupun pelajar. Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam & Pembangunan Insan dengan kerjasama Badan Kebajikan Staf UMP(BKSU) serta seluruh PTJ UMP ini adalah merupakan acara Universiti yang dirancang sempena meraikan Sambutan Awal Muharam bagi tahun 1435H.
 
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Majlis Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura yang melibatkan penyertaan pelajar dan staf yang amat menggalakkan. Selain itu, upacara mengedar bubur asyura yang telah siap dimasak beserta kalendar taqwim 1435H dan buku ilmiah telah disempurnakan oleh Pengarah PIMPIN dan Timbalan Pendaftar, UMP Pekan dengan kerjasama Bahagian Keselamatan UMP. Katanya aktiviti sebegini seharusnya terus dijalankan kerana dapat mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dikalangan warga Universiti Malaysia Pahang. Jelasnya lagi, aktiviti pada kali ini dijalankan dalam suasana yang sungguh harmoni dan sepanjang aktiviti merewang dan memasak dijalankan, para petugas turut dihiburkan dengan alunan zikir.

Acara kemuncak adalah Ceramah Penghayatan Maal Hijrah yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd. Zulkifli Bin Makhtar Al-Hafiz, Pensyarah dari Darul Quran JAKIM dengan dihadiri hampir seluruh jemputan dalam kalangan warga Universiti Malaysia Pahang.