65 SKUAD PENGURUSAN JENAZAH UMP MENJALANI LATIHAN LANJUTAN

GAMBANG, 12 MAC 2019 - Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan Kursus Teori & Praktikal Pengurusan Jenazah 2019 sebagai inisiatif meningkatkan kemahiran dikalangan staf UMP khususnya berkaitan menguruskan jenazah. Kursus yang telah dihadiri seramai lebih 65 orang dari pelbagai jabatan ini dilaksanakan pada setiap tahun memberikan pendedahan kaedah menguruskan jenazah setelah berlaku kematian, pemandian, pengkafanan dan solat secara sempurna dengan disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Zulkiflee b. Hamid, Mudir Madrasah Durrul Ilmi Jaya Gading.

1

Selain itu, kursus ini juga adalah sebagai latihan berkala yang dirangka untuk pemantapan Skuad Pengurusan Jenazah UMP yang telah diwujudkan sejak tahun 2015 yang dianggotai secara sukarelawan oleh staf UMP sendiri yang mana komitmen dan tanggungjawab daripada ahli skuad ini yang memerlukan mereka bersiap siaga pada setiap masa apabila berlaku kematian amatlah diharapkan.

3

4

Objektif skuad ini adalah untuk menguruskan jenazah dari kalangan warga UMP khasnya sebagai simbolik penghormatan terakhir daripada universiti kepada individu tersebut.  Oleh itu, diharapkan agar latihan berkala seperti kursus ini dapat membantu ahli skuad bersedia dari segi ilmu dan praktikal khasnya dan sebagai pendedahan ilmu yang berguna kepada warga ump secara umum.

DISKUSI WANITA MENJAWAB PERSOALAN HUKUM HAKAM WANITA

UMP GAMBANG, 24 Februari 2019 – Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) menganjurkan program Diskusi Wanita : Darah Fasad, Haid & Istihadhah dengan kerjasama Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman 3 dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

3

Seramai 482 mahasiswi yang hadir mengikuti program ini dan banyak intipati yang menarik disampaikan oleh YBhg. Ustazah Norjazlihaini Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Antara objektif program ini ialah memberi kefahaman kepada mahasiswi berkaitan darah fasad, haid & istihadhah dan memberi kesedaran kepada mahasiswi yang masih keliru berkaitan cara pengurusannya.

2

Program ini dihadiri oleh Pengetua Kolej Kediaman 3 iaitu Puan Rosjuliana Hidayu Binti Rosli dan Pegawai Hal Ehwal Islam PIMPIN Ustazah Amira Binti Abdullah.

Penyelaras program Ustazah Nurul Fatihah berkata program seperti ini akan diteruskan lagi dan akan menumpukan kepada staf wanita UMP juga.

1

"TSUNAMI REZEKI" MELANDA PERKAMPUNGAN NELAYAN KUALA PAHANG DALAM JOM LEPAK MASJID EDISI PERTAMA

Pekan, 22 – 23 Februari 2019 - Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus melebarkan sayap ukhwah dalam menjayakan Program Jom Lepak @Masjid dengan kerjasama Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Pahang, Pekan baru-baru ini.

Program ini adalah kesinambungan daripada program yang telah dijalankan dengan jayanya di Masjid Kg. Marhum, Masjid Taqwa, Masjid Tanjung Selangor, Masjid Tanjung Agas, Masjid Paya Bungor, Masjid Lama Permatang Badak dan Masjid Tepian Putra Kuantan dan Masjid Sri Maulana yang dianjurkan pada tahun tahun-tahun lepas.

Menurut Pengarah Program Jom Lepak @ Masjid, Ustaz Shahrul Nizam Md Ahir, lokasi kali ini adalah salah satu siri jelajah komuniti dan revolusi dalam penjenamaan UMP bagi program khidmat komuniti dan memakmurkan Masjid.

8

1

“Melalui program ini diterapkan elemen dakwah, ibadah dan khidmat sosial kepada masyarakat setempat sekaligus membuktikan hubungan erat mahasiswa universiti dan komuniti. Program ini juga dapat mengajak masyarakat setempat terutama generasi muda mengimarahkan masjid dengan menjadikan masjid sebagai medium bagi warga UMP untuk berbakti kepada masyarakat setempat,” katanya.

Program dua hari itu melibatkan 65 orang mahasiswa UMP dari kedua-dua kampus UMP di Pekan dan Gambang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Forum Muqarabin yang bertajuk “Tsunami Rezki” yang membariskan panel forum iaitu Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Al-Fadhil Ustaz Dr. Hilmi b. Mat Said dan Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Al-Fadhil Ustaz Nik Ibrahim b. Nik Abdullah.

2

4

Menurut Ustaz Nik Ibrahim, Malangnya apabila kerisauan mereka terhadap rezeki, mereka mula memalingkan matlamat utama mereka daripada menjadi hamba Allah SWT kepada hamba yang bermatlamat kepada kekayaan dunia dalam berkaitan rezeki. Walhal mereka lupa bahawasanya rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah SWT sebelum mereka diciptakan lagi. Dan Allah SWT menyatakan jikalau hambanya itu bertakwa kepadaNya, maka Allah SWT akan mencukupkan rezekinya.

Firman Allah SWT dalam Surah At-Talaq ayat 2-3

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya (rezekinya)..”

6

Selain itu, antara aktiviti lain yang dijalankan ialah program Qiamullail, kuliah subuh, dan bergotong-royong membersihkan masjid bersama Jemaah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Pahang, Pekan. Turut hadir merasmi Program ialah Penghulu Mukim Kuala Pahang, En. Hasan bin Suhaimi dan juga Pegerusi Masjid, En. Mohd Jidi A Rahman.

PROGRAM MY INTELLECTUAL CIRCLE MENYANTUNI MAHASISWA DALAM PENGUKUHAN SAHSIAH DAN KEROHANIAN

TRAINING OF TRAINERS (TOT) MEMBERIKAN PENCERAHAN KEPADA FASILITATOR MY IC

GAMBANG, 21 FEBRUARI 2019 – Seramai 55 orang fasilitator yang telah dilantik dan bertanggungjawab dalam membimbing mahasiswa di dalam program MyIC telah menjalani program induksi Training of Trainers (TOT) di Dewan Tun Fatimah UMP Gambang pada 9 Februari 2019 lepas sebagai persediaan awal projek My IC pada semester 2 sesi 2018/2019.

Program ini memberikan penerangan dan pencerahan kepada peserta berkenaan modul yang akan disampaikan kepada mahasiswa yang mengambil  subjek softskill 1. Latihan ini disampaikan oleh YBhg Dr Mohd Suhardi Bin Mat Jusoh bagi Slot Aqidah & Akhlak dan Ybhg Dr Mansor Bin Sulaiman bagi Slot Ibadah.

Muhammad Ihwan Amir Bin Alias salah seorang peserta berkata program ini perlu dijalankan sebagai persediaan kepada semua fasilitator untuk menghadapi persoalan-persoalan yang akan dilontarkan oleh kepada mahasiswa.

 

PROGRAM MY INTELLECTUAL CIRCLE MENYANTUNI MAHASISWA DALAM PENGUKUHAN SAHSIAH DAN KEROHANIAN

 Program MyIC bermula kembali pada semester 2018/2019 dan seramai 721 orang mahasiswa/mahasiswi terdiri pelajar tahun pertama yang terlibat di dalam subjek Softskill 1. Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Islam dan Pembangunan Insan dan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang.

1 FILEminimizer

Program ini dijalankan sebanyak dua kali di setiap kampus iaitu pada 13 & 20 Februari 2019 di Masjid UMP Gambang yang melibatkan 425 mahasiswa dan 15 & 21 Februari 2019 di Masjid UMP Pekan yang melibatkan 296 mahasiswa.

2 FILEminimizer

Selain daripada respon yang positif daripada peserta yang meminta untuk menambahkan lagi program-program sebegini, PIMPIN membuat penambahan aktiviti sebagai penjenamaan iaitu para peserta perlu menghadiri 5 Kuliah Maghrib Khas di setiap kampus. Kuliah tersebut disampaikan oleh penceramah pilihan yang diwakili oleh pensyarah PBMSK dan tajuk dipilih berdasarkan bancian yang dibuat kepada para peserta.

3 FILEminimizer

Penyelaras program, Ustazah Nurul Fatihah Abdul Rahman Pembantu Hal Ehwal Islam menyatakan bahawa program ini sangat penting bagi menyantuni mahasiswa mahasiswi dengan lebih dekat agar segala permasalahan berkaitan agama dan juga sosial boleh ditangani dengan lebih berhikmah dan sistematik.

4 FILEminimizer

LATIHAN IMAM DAN BILAL JUNIOR DI DALAM AKADEMI IMAM MUDA 2019

KUANTAN, 15-17 Februari 2019 - Akademi Imam Muda 2019 ini adalah program kerohanian yang diadakan setiap tahun kepada mahasiswa-mahasiswa yang dilantik sebagai imam dan bilal sambilan di Masjid UMP Kampus Gambang dan Kampus Pekan.Kursus yang berkonsepkan kemahiran ini bertepatan dengan 10 lonjakan strategik yang pertama iaitu melahirkan mahasiswa yang holistik, berciri keusahawanan dan juga seimbang.

5

Seramai 37 orang mahasiswa yang terlibat di dalam program akademi ini. Antara perkongsian di dalam program ini adalah Al-Fateh Junior, Kesempurnaan Solat, Ciri-Ciri Imam Yang Menepati Sunnah, Cir-Ciri Bilal Yang Beribawa , Soal Jawab Fiqh Solat Berjemaah. Kesemua slot ini dikendalikan oleh YBhg Dr Mansor Bin Sulaiman Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan.Antara latihan yang turut mendapat perhatian adalah latihan sembelihan yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Farid Bin Mohd Idris Pembantu Hal Ehwal Islam. Sebanyak seekor kambing dan 10 ekor ayam yang disembelih oleh peserta kursus.

4

Mohammad Abdul Aziz Bin Jamil, 22 tahun, merupakan peserta senior yang menhadiri kursus ini selama tiga tahun berturut-turut, beliau menyatakan program ini perlu diteruskan bagi menyemarakkan penyebaran ilmu pengetahuan agama di samping menjawab persoalan-persoalan baru di dalam hokum hakam agama terutama di dalam solat.

aim1