PIMPIN & OSHMO UMP BERGABUNG ANJUR SEMINAR SERANTAU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DARI PERSPEKTIF MAQASID SHARIAH

 

KUANTAN, 20 Oktober 2018 – Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang (PIMPIN) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO) Universiti Malaysia Pahang buat julung kalinya  menganjurkan  Seminar Serantau Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dari Perspektif Maqasid Shariah yang menampilkan  beberapa figura terkenal negara bagi membincangkan kupasan dan tajuk hangat yang berlegar dalam ruang lingkup sektor KKP bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan.

4 FILEminimizer

Secara khususnya seminar ini bertujuan bagi memberi pengetahuan kepada para pengamal KKP tentang kaitan prinsip Maqasid Shariah dari aspek pengendalian risiko dalam sektor KKP. Disamping itu juga, Seminar ini dilihat turut menerangkan fungsi sebenar pegawai KKP dari aspek tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila mereka turut memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat tentang prosedur dan amalan KKP. Seminar yang belangsung selama 1 hari ini telah disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada para cendekiawan dan ilmuan yang terlibat dengan sektor KKP, Para Pegawai KKP daripada industri di seluruh pelusuk tanah air dan orang awam yang berminat untuk mengetahui informasi berkenaan isu KKP.

2 FILEminimizer

Antara topik yang dibincangkan dalam seminar ini ialah Asas Penerangan Dalam Memahami Maqasid   Al-Shariah Yang Disampaikan Oleh  Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (IKIM), Prinsip Maqasid Al-Shariah : Memahami Dan Mengaplikasikannya Dalam Pengurusan KKP oleh Ustaz Tuan Sidek Bin Tuan Muda (UMP) dan Meningkatkan Kualiti Hidup Pekerjaan Modal Insan Negara Melalui Penguatkuasaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan oleh Ir. Mohd Rosdee Bin Yaacob (Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Pulau Pinang. Kemuncak Seminar ini diserikan lagi dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YH. Profesor Dato’ Dr. Ishak Bin Ismail selaku Wakil Rasmi YH Dato’ Sri Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang.

3 FILEminimizer