SEMINAR KELUARGA HEBAT SEMAI BENIH KEBAHAGIAAN DALAM KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

 

Kuantan, 22 September 2018 – Pusat Islam & Pembangunan Insan, UMP telah menganjurkan Seminar Keluarga Hebat bersempena Karnival Mahabbah 8.0 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Seminar telah dikendalikan oleh Ustazah Siti Khadijah Abdul Ghani yang merupakan Konsultan Teknik Mendidik Anak Cara Nabi.

2

Seramai 50 orang peserta telah mengikuti program ini yang telah berlangsung selama satu hari. Antara objektif yang mahu dicapai dari penganjuran program ini adalah untuk mempromosi UMP sebagai peneraju program pembangunan insan wilayah timur, memperkukuh hubungan kekeluargaan Islam dalam kalangan komuniti Pahang, menerapkan elemen keluarga syurga.

4

Sepanjang sehari program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan teknik mendidik anak kaedah Nabi yang mana merupakan satu modul yang dibangunkan oleh Pasukan Pengkaji Hadith Psikologi. Penerapan pendidikan anak melalui kaedah Nabi ini merupakan kajian mendalam pasukan ini menerusi hadith-hadith Nabi yang ditafsirkan melalui skill komunikasi Nabi ketika menyampaikan hadith sama ada melalui gaya bahasa, susunan kata dan maksud tersirat disebalik mesej yang disampaikan.

1

Kesemua kaedah-kaedah ini diimplementasikan melalui pengajaran di sekolah dan terbukti berkesan melalui hasil akhir kajian terhadap pelajar-pelajar sekolah.

Program yang dijalankan ini telah mendapat kerjasama penuh dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang.

Program berakhir dengan penyampaian cenderahati dan pengumuman cabutan bertuah kepada peserta terpilih berupa baucer membeli-belah bernilai RM50 setiap satu.