PIMPIN CETUS MEKANISME BARU SANTUNI GOLONGAN PESAKIT MENTAL

 

UMP Gambang, 28 September 2018 – Seramai 100 orang dari kalangan warga UMP dan agensi luar yamg terdiri daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Jabatan Penjara Penor dan institusi-institusi pendidikan temapatan telah menghadiri Bengkel Rawatan Sakit Mental anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang atau singkatannya PIMPIN.

1 FILEminimizer

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk memahami dengan jelas dan mempunyai pengetahuan mengenai isu kesihatan mental, mengetahui penyebab, simptom dan rawatan yang sepatutnya untuk penyakit mental dan menjadikan seminar sebegini sebagai satu platform untuk memberi kesedaran bahawa penyakit mental satu ancaman yang bahaya.

5 FILEminimizer

Seminar yang dianjurkan buat julung kalinya ini telah menampilkan penceramah-penceramah berkaliber dan pakar dalam bidang psikiatri, pengubatan Islam dan teknologi maklumat. Antaranya adalah Prof. Madya Dr. Ramli Musa, Perunding Psikiatri yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Kuliyyah Perubatan UIAM. Seterusnya Tuan Guru Dr. Haji Jahid Haji Sidek, Pengasas Pusat Rawatan Al-Manarah dan Prof. Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab yang merupakan Dekan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang.

2 FILEminimizer

Sepanjang sehari program ini berjalan, pelbagai isu kontemporari dan nasional dikupas oleh barisan pembentang dengan dibahagikan kepada 3 slot iaitu Slot 1: Penyakit Mental: Satu Ancaman Besar Masyarakat Moden, Slot 2: Biofeedback: Mengukur Tahap Ketekanan Melalui Biofeedback, Slot 3: Hubung Kait Gila Isim dengan Gangguan Jin: Apakah Tanda-tanda & Cara Merawat Melalui Perubatan Islam.

3 FILEminimizer

Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada penceramah. Turut hadir Dr. Mahyuddin Ismail, Pengarah Pusat Islam UMP mneyerikan majlis.