PIMPIN ANJUR BOWLING MAHABBAH ERATKAN MAHASISWA & STAF

KUANTAN, 24 September 2018 – Seramai 80 orang yang terdiri dari mahasiswa dan staf UMP telah menyertai Acara Bowling Mahabbah yang berlangsung di Berjaya Megalanes, Kuantan, Pahang.

3 SHAHRUL NIZAM BIN MD AHIR FILEminimizer

Program ini adalah merupakan salah satu daripada aturcara yang terkandung dalam Karnival Mahabbah 8.0 yang diadakan  bertujuan mengeratkan silaturrahim antara peserta selain menyahut tuntutan agama agar beriadah kerana ianya merupakan sukan yang menyihatkan.

 

Konsep permainan adalah mengikut pasukan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur di mana 1 kumpulan dibahagikan kepada 5 orang yang menyaksikan 11 lanes berentap sebanyak 2 pusingan.

5 SHAHRUL NIZAM BIN MD AHIR FILEminimizer

Dalam kejuaraan tersebut, kumpulan pelajar yang meraih mata tertinggi dengan menjatuhkan sebanyak 1200 pin dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

 

Menurut Ustaz Shahrul Nizam yang merupakan penyelaras aktiviti, permainan bowling ini diadakan bukanlah bermaksud untuk mencari pemenang terhandal tetapi lebih kepada mendorong peserta bersatu dalam pasukan dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri peserta yang berkisar tentang keakraban lebih-lebih lagi bersua dengan orang yang baru dikenali.

 

Program berakhir dengan ucapan dari penyelaras dan penyampaian hadiah kepada pasukan bertuah.