250 HADIRI KURSUS PRA-PERKAHWINAN ANJURAN PIMPIN

UMP Gambang, 22 September 2018 – Pusat Islam & Pembangunan Insan, UMP dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang meneruskan usaha mendidik mahasiswa ke arah pembentukan institusi kekeluargaan yang harmoni dan Islami.

1

Program yang dihadiri seramai 250 orang ini diadakan bertujuan memberi pendedahan awal tentang alam perkahwinan kepada para peserta yang ingin berumah tangga selain memberi panduan kepada para peserta berkaitan cara menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan hingga ke hari pernikahan serta memberi panduan bagi menghadapi konflik dalam rumahtangga dan cara mengatasinya dengan berkesan.

2

Program yang dibarisi 9 orang penceramah pakar lantikan Jabatan Agama Islam Pahang yang berpengalaman tinggi dalam bidang kesihatan, pengurusan rumah tangga, komunikasi dan perundangan.

3

Selama 2 hari program ini dijalankan, sedikit sebanyak telah memberikan pendedahan berguna kepada para peserta dalam menghadapi gerbang perkahwinan sekaligus memberi perangsang supaya menyegerakan perkahwinan dan menjauhi maksiat. Program berakhir dengan penyampaian sijil kursus dan jamuan minum petang.

4