PIMPIN ANJUR SEMINAR HALALAN TAYYIBA BINCANG ISU HALAL KONTEMPORARI

  

UMP Gambang, 11 Oktober 2018 – Seminar Halalan Tayyiba yang dianjurkan secara bersama oleh Pusat Islam & Pembangunan Insan UMP, Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, UMP Consultancy Sdn. Bhd., Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli dan turut mendapat sokongan penuh oleh Bahagian Halal, Jabatan Agama Islam Pahang serta Majlis Ugama Islam Pahang.

f678fdaa 1eca 40ab 9123 99a0b2a50be5 MUHAMMAD FARID BIN MOHD IDRIS

Seminar yang dihadiri lebih 75 orang ini telah membariskan 8 orang pakar berkaitan teknologi makanan, fiqh, penggiat industri serta aktivis isu-isu pengguna yang melatari konsumerisme iaitu Prof. Madya Dr. Hasan Ahmad, Ustaz Tuan Sidek Tuan Muda dan Dr. Azizan Ramli yang masing-masing merupakan pensyarah dari UMP dan juga merupakan Perunding Latihan Halal Bertauliah dari JAKIM. Manakala YH Prof. Ir. Ts. Dr. Rosli Yunus yang membentangkan projek Gelatin Halal UMP-MARA. Ustaz Samir Sulaiman yang merupakan Penolong Pengarah Kanan Hab Halal JAKIM yang membentangkan tajuk Isu & Cabaran Pensijilan Halal dan disusuli Ustaz Fahrur Rozi dari IRHAM Centre yang mengupas topik Sertu Dalam Industri.

IMG 20181011 095050 MUHAMMAD FARID BIN MOHD IDRIS FILEminimizer

Objektif yang ingin dicapai dari penganjuran program ini adalah menerangkan tentang kepentingan halalan tayyiba kepada pengguna dan penggiat industri barangan kepenggunaan. Mendedahkan kepada pengguna dan penggiat industri tentang pensijilan halal Malaysia. Perkongsian pengalaman dengan penggiat industri halal. Memperkenalkan kepakaran yang ada di UMP dalam membantu pembangunan halal negara khususnya di Pantai Timur melalui platform Pusat Latihan dan Konsultansi Halal UMP.

IMG 20181011 095340 MUHAMMAD FARID BIN MOHD IDRIS FILEminimizer

 

IMG 20181011 161349 MUHAMMAD FARID BIN MOHD IDRIS FILEminimizer

Seminar melabuhkan tirainya dengan sesi Forum Khas Halal yang dibarisi oleh Encik Roslan Bin Saludin (Pengurus Besar Bahagian Halal & Pematuhan Syariah QSR Brands (M) Holdings Bhd), Encik Akmal Bin Abu Hassan (Presiden Persatuan Muslim Profesional Jepun) dan Ustaz Noridzuan Bin Abdul Manan (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIP). Turut hadir Tuan Haji Zulbahari Hamzah, Timbalan Pengarah MARA Negeri Pahang dan Dr. Mahyuddin Ismail, Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan, UMP menyerikan majlis.