Program My Intelectual Circle (MyIC)

Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK), Universiti Malaysia Pahang buat ulung kalinya telah mengadakan satu program yang berteraskan pengisian ilmiah iaitu My Intelectual Circle (MyIC) yang telah berjaya dihadiri hampir 1000 orang daripada pelajar kampus Gambang dan 600 orang daripada kampus Pekan. MyIC adalah satu program pembangunan sahsiah diri dan spiritual yang melibatkan pelajar UMP yang mengambil subjek Kemahiran Insaniah. Program ini telah dijalankan di kedua-dua kampus UMP iaitu 27 Februari 2018 dan 7 Mac 2018 bagi kampus Gambang dan 1 Mac 2018 dan 8 Mac 2018 di kampus Pekan.

IMG 20180227 211654

Program ini dijalankan dua kali dalam satu semester di setiap kampus. Dijalankan pada waktu malam selama 2 jam dari 8.00 – 10.00 malam. Program ini diwajibkan untuk pelajar yang mengambil subjek Softskill 1 (UHS1021). Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang diketuai oleh seorang fasilitator daripada kalangan pelajar UMP yang berjaya dipilih melalui sesi temuduga yang telah disediakan. Pelajar menggunakan modul yang telah disediakan untuk dibincangkan dalam kumpulan. Modul dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bab Akidah untuk slot 1 dan Bab Ibadah untuk slot 2. Pelajar akan diambil kehadiran ke program dan dimasukkan markah dalam assessment mereka.

IMG 20180227 211828

 

Sebelum pelajar dibahagikan kepada kumpulan, mereka diwajibkan untuk mendengar slot pengisian selama 30 minit yang disampaikan oleh Dr Mohd Suhardi bin Mat Jusoh, pensyarah PBMSK. Slot yang pertama dijalankan di Astaka kampus Gambang dan DKU PBMSK kampus Pekan. Manakala slot yang kedua dijalankan di Masjid kampus Gambang dan Pekan.

IMG 20180301 205959

Bertepatan dengan tujuan yang diketengahkan adalah untuk melahirkan generasi mahasiswa sebagai jurutera yang holistik dan berkualiti di samping seimbang dalam akademik dan juga kemantapan dari segi rohani. Selain daripada itu, program ini juga untuk melahirkan mahasiswa yang cakna terhadap perkembangan isu semasa sama ada di peringkat dalam Negara ataupun di peringkat global. Seterusnya ia juga bagi memupuk budaya muslim profesional dalam kalangan mahasiswa UMP.