KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM

PEKAN, 10-11 Mac 2018 – Hampir 200 orang warga UMP dan komuniti setempat telah menyertai Kursus Pra Perkahwinan Islam anjuran bersama Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA 5) dan Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, PBMSK, UMP Pekan.

Kursus Pra Perkahwinan ini merupakan inisiatif bersama PIMPIN dan PEKA 5 untuk memberi pendedahan awal tentang alam perkahwinan disamping ianya menjadi syarat khusus bagi setiap remaja yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Antara topik hangat yang dibincangkan dalam kursus ini ialah berkenaan Ibadah, Akidah, Hubungan Dalam Keluarga, Pengurusan Masa dan Kewangan Dengan Berkesan, Pengenalan tentang Talak dan Rujuk dan lain-lain tajuk yang disampaikan oleh panel-panel yang bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pegawai Perubatan dan juga daripada Perunding Kewangan.

Kursus Pra Perkahwinan Islam ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang di UMP Kampus Pekan kerana secara jelasnya,objektif kursus ini adalah untuk memberi panduan kepada para peserta berkaitan cara menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan hingga ke hari pernikahan. Selain itu juga,kursus ini turut memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang alam perkahwinan kepada para peserta yang akan berumahtangga. Seterusnya kursus ini juga turut memberi panduan dalam menghadapi konflik dalam rumahtangga dan cara untuk mengatasinya dengan berkesan.