INTERAKSI PROGRAM ASHABUL KAHFI TERHADAP PENERAPAN NILAI MURNI MAHASISWA UMP

Kuantan, 11 - 13 April 2018 - Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Biro Tatanegara Negeri Pahang telah berjaya menjalankan program Ashabul Kahfi khusus buat mahasiswa UMP yang terpilih.

Program ini telah berjaya dilaksanakan untuk merealisasi objektif yang ditentukan iaitu untuk memberi penerangan kepada peserta berkenaan dengan kepentingan fardhu ain terhadap kehidupan individu Muslim. Selain itu juga, program ini juga bermatlamat untuk memberikan motivasi kepada mereka agar dapat meningkatkan kualiti jati diri dan modal insan.

Program tiga hari ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka yang tidak menitikberatkan tanggungjawab dalam melaksanakan Solat Jumaat. Ianya merupakan salah satu daripada interaksi yang diusahakan oleh PIMPIN dalam menerapkan jati diri Muslim terhadap peserta agar sentiasa ingin menjadi hamba Allah yang terbaik.

Firman Allah SWT dalam Surah Al An’am: (162-163)

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah).”

Akhir program ini telah disempurnakan dengan ucapan penutup oleh Dr Mahyuddin bin Ismail, Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang.