PIMPIN meneruskan legasi Karnival Mahabbah 7.0 buat warga UMP

UMP Pekan, 10 - 25 Mac 2018 – Pusat Islam & Pembangunan Insan telah menganjurkan Karnival Mahabbah 7.0 buat kesekian kalinya dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang, UMP Holdings & Group, Peka 5 dan juga Alumni UMP.

 DSCN0076

Pelaksanaan kali ini PIMPIN mengambil peluang menelusuri kegiatan mahasiswa UMP dengan pendekatan-pendekatan terkini serta berusaha untuk mengupas isu-isu yang sentiasa meniti dalam perbualan dan aktiviti seharian mahasiswa. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Kursus Pra Perkahwinan, Bengkel Imej & Profesionalisme, Forum Mahasiswa, Bual Bicara, Seminar Fiqh Dajjal, Talkshow, Anda Bertanya Ustaz Jawab, Malam UMP Berselawat, Sembang Santai-IR 4.0, Program Subuh Mega dan juga Konsert Amal.

Kemeriahan Karnival Mahabbah 7.0 telah berjaya melibatkan lebih 1200 peserta yang mendominasi keseluruhan acara dan program. Hal ini menunjukkan bahawa kecenderungan warga kampus dalam menyertai program berunsur ilmiah ini semakin meningkat dan memberansangkan. Ini penting dalam memperkasa budaya ilmu pengetahuan seiring dengan perkembangan pembangunan insan dikalangan warga kampus.

DSCN0160

Semoga program-program berunsur kerohanian dan pembudayaan ilmu seperti ini terus subur  di bumi UMP sejajar dengan matlamat Pusat Islam & Pembangunan Insan “Melahirkan warga universiti yang bertaqwa”.