Murid Saman Guru Jadi Perbincangan Anda Tanya Ustaz Jawab

UMP Pekan, 30 Januari 2018 - Program Anda Tanya Ustaz Jawab kali ini menampilkan suatu tajuk yang menjadi  isu dan  perbualan hangat netizen di media sosial dan juga media arus perdana.

9

Secara khususnya tajuk ”Anakku Sazali” ini dipilih bagi memberi pencerahan yang sebenar kepada masyarakat tentang isu yang menggemparkan seluruh negara berikutan kes murid saman guru.

1

Program yang dianjurkan secara bersama oleh Pusat Islam & Pembangunan Insan dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UMP ini telah menggandingkan 2 orang ahli panel yang cukup disegani masyarakat tanah air iaitu Cikgu Mohamad Nazim, seorang pendidik merangkap Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Astana, Kuantan serta Dr. Rohana Hamzah yang merupakan Pensyarah Kanan di UMP. Program ini telah disertai hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada warga UMP, Agensi Kerajaan Daerah Pekan & Kuantan dan komuniti masyarakat sekitar Kuala Pahang.

3

Menurut Cikgu Nazim, gejala murid saman guru ini bukanlah suatu perkara baru malah telah berlaku sejak dahulu lagi bilamana berlakunya perkembangan teknologi dan dunia kian terbuka.

Para peserta pula tidak lokek mendengar penyampaian Dr. Rohana kerana mendatangkan analogi yang bertepatan bahkan sangat signifikan dengan mesej dan objektif program yang mahu disampaikan berkaitan ilmu ’parenting’.

Secara keseluruhannya rata-rata peserta program berpuas hati dengan pengisian program dan berharap pihak penganjur mengadakan lagi diskusi ilmu seumpama ini. Program berakhir dengan zikir dan doa khas yang diketuai oleh Dr. Rohana Hamzah.