UMP SAMBUT MAULIDUR RASUL

Pekan, 19 Dis – Lebih 600 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terdiri dari staf pentadbiran, pensyarah, dan pengurusan tertinggi menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMP 1439H/2017M dengan bertemakan “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar UMP Pekan semalam.

 UMP7473 FILEminimizer

Hadir menyertai sambutan Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Ts. Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff.

 UMP7330 FILEminimizer

Menurut  Prof. Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Nasir, sambutan ini bukan sahaja merupakan manifestasi kecintaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W, tetapi lebih dari itu, perhimpunan ini merupakan manifestasi komitmen kita untuk menuruti jejak langkah yang dicontohkan baginda  SAW sebagai ikutan terbaik kepada seluruh umat.

“Dalam konteks perkhidmatan kita sebagai penjawat awam di Universiti ini khususnya, terlalu banyak warisan akhlak, nilai dan etika yang ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W untuk kita aplikasikan bagi tujuan peningkatan kualiti peribadi dan pengembangan prestasi organisasi,” katanya.

 UMP7384 FILEminimizer

Tambah beliau, komitmen strategik terhadap aplikasi akhlak, nilai dan etika tersebut sebenarnya telah pun dizahirkan oleh UMP melalui kelima-lima Nilai Teras Universiti ini iaitu Hubungan Yang Kuat Dengan Maha Pencipta, Teguh Dalam Mempertahankan Prinsip Yang Disepakati, Kreatif Dalam Membuat Keputusan Yang Bijaksana, Cekal Menghadapi Cabaran dan Proaktif Dalam Tindakan.

 UMP7498 FILEminimizer

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan,Dr. Mahyuddin Ismail berkata, sambutan itu dapat menghidupkan penghayatan Maulidur Rasul sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Manakala program keagamaan sedemikian wajar dihidupkan dan diberi penghayatan dalam usaha memupuk nilai murni dan nilai kemasyarakatan dalam kalangan warga UMP di sebalik kesibukan dalam memartabatkan universiti di peringkat yang lebih tinggi.

 UMP7595 FILEminimizer

Dalam pada itu turut berlangsung ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Eksekutif Kanan, Jabatan Syariah dan Halal, QSR Brands (M) Holdings Berhad yang juga Panelis Radio Ikim, Ustaz Hafiz Mansor. Manakala pertandingan perarakan menyaksikan sebanyak 21 kontigen mengambil bahagian dan diadili mengikut beberapa kriteria iaitu keseragaman pakaian, kreativiti hiasan serta sepanduk dan juga kerjasama berpasukan. Jabatan Bendahari berjaya mengekalkan kejuaraan merangkul tempat pertama diikuti oleh Jabatan Pendaftar di tempat kedua manakala kumpulan mahasiswa Kor Suksis di tempat ketiga. 

 UMP7593 FILEminimizer