AKADEMI DA'I MUDA ASAH KEMAHIRAN INSANIAH MAHASISWA UMP



FELDA RESIDENCE TEKAM,JERANTUT 1 April 2017 – Akademi Da’I Muda merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) bagi merealisasikan objektif program iaitu memberi pendedahan kepada mahasiswa UMP dalam aspek pembangunan sahsiah diri disamping memperkukuhkan nilai kerohanian dan jati diri sebagai seorang mahasiswa yang profesional serta sebagai satu platform untuk melatih dan membentuk sifat kepimpinan dalam setiap diri mahasiswa UMP.

Pelbagai pengisian dan aktiviti yang telah diadakan selama 2 hari program ini berjalan. Antaranya slot yang bertajuk “Mencetak DNA UMP Melalui MyIC”, “Generation of Ulul Albab dalam Perspektif Al-Quran” dan “Moulding Leadership Skill for Academy Da’I Muda”.Aktiviti critical thinking dan berfikir luar kotak juga telah diterapkan dalam program ini seperti  “Desert Survival”. Selain itu juga kita adakan aktiviti outdoor dan game.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan iaitu Dr Mahyuddin Bin Ismail, pensyarah-pensyarah UMP serta staf UMP antaranya Dr Aini Binti Ahmad, Puan Haslindaa @ Robita Binti Hashim dan Puan Paridah Binti Abdul Rani.

 

Program berakhir dengan Majlis Perasmian Penutup yang telah dirasmikan oleh Dr Anita Binti Abdul Rani selaku Ketua Program Kemahiran Insaniah, Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang.