PROGRAM AKADEMI IMAM MUDA PUPUK KEPIMPINAN DIKALANGAN MAHASISWA



BANDAR INDERA MAHKOTA,KUANTAN,3 Mac
 -  Bertempat di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan telah berlangsungnya Program Akademi Imam Muda yang telah dianjurkan oleh Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN). Program yang berunsurkan survival camp ini mengandungi aktiviti yang bersifat pengisian fizikal (jasmani) dan pengisian spiritual (rohani). Antaranya ialah “Teknik Azan dan Iqamah yang Betul”, “Tugas Imam dan Bilal dalam Aspek Pengurusan Masjid” , “Ciri-Ciri Imam Menepati Sunnah” , “Water Confident dan Berkayak” , ”Fiqh Solat Berjemaah dan Kesilapan yang sering dilakukan” dan “Fiqh Kesempurnaan Solat”.


Pengarah Program Akademi Imam Muda,Ustaz Muhammad Sallehudin Bin Md Derus,program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan tentang tanggungjawab Imam dan Bilal dalam aspek kepimpinan dalam mendirikan solat jemaah disamping memperkemaskan lagi pengetahuan sedia ada dalam diri para mahasiswa. Disamping itu juga,program ini dilihat dapat memperkasa jatidiri para peserta sebagai seorang muslim sejati disamping melatih sifat kepimpinan yang perlu ada pada setiap pemimpin.


Program selama tiga hari dua malam ini turut dihadiri oleh Pengarah PIMPIN, Dr Mahyuddin Bin Ismail. Menurut beliau,program yang dianjurkan ini adalah sebahagian daripada agenda utama PIMPIN dalam membentuk mahasiswa yang sentiasa mempunyai hubungan yang kuat dengan yang Maha Pencipta selaras dengan Nilai Teras Utama yang digariskan oleh Pengurusan Universiti.
Justeru,PIMPIN akan terus mempergiatkan usaha bagi membentuk mahasiswa yang seimbang bukan sahaja cemerlang akademik semata - mata bahkan cemerlang juga dari sudut sahsiah diri.