DAKWAH UMMAH 3.0 SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI KAMPUNG SENTOI LIPIS


Kuala Lipis, 27-30 Oktober 2016 –
Pusat Islam & Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama UMP Advanced Education, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Lipis, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Lipis, dan Pengurusan Air Pahang Daerah Kuala Lipis telah menganjurkan Program Dakwah Ummah 3.0 di Perkampungan Orang Asli Kg Sentoi, Pos Betau, Kuala Lipis dengan melibatkan seramai 35 orang sukarelawan dari kalangan pelajar, staf dan juga Penggerak Masyarakat Orang Asli, JAKIM.


Program kali ini melibatkan Orang Asli suku kaum Semai yang terdiri daripada 300 penduduk dan 68 buah keluarga. Program ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan berkenaan teknologi kepada masyarakat Orang Asli disamping dapat menjalinkan hubungan baik di antara universiti dan komuniti.


Program ini adalah inisiatif PIMPIN untuk menerapkan elemen kemahiran insaniah dan aktiviti khidmat sosial terhadap masyarakat sekeliling.






Pelbagai aktiviti menarik yang telah dilakukan sepanjang program dijalankan antaranya kenduri kampung, gotong royong mengecat rumah, gotong royong pendawaian elektrik, gotong royong membaiki sistem perpaipan, aktiviti sukaneka, Klinik Fardu Ain, jungle trekking, demontrasi makanan tradisional, malam kebudayaan serta Majlis penyerahan sumbangan barangan asasi kepada penduduk kampung.








Program ini telah turut dihadiri oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar, Qadhi Daerah Lipis, Ustaz Salllehudin Md Derus dan Ustaz Mohamad Hasnur bin Abdul Hamid.


Semoga program seumpama ini dapat memberikan suntikan dan kesedaran kepada mahasiswa untuk berkhidmat kepada masyarakat seterusnya diadakan lagi pada masa-masa akan datang. Program diakhiri dengan majlis perasmian penutup dan salam perpisahan di antara pelajar dan keluarga angkat.