nilai teras UMP

OBJEKTIF  UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
 
 

Visi

“ MENJADI UNIVERSITI TEKNIKAL BERTERASKAN KOMPETENSI BERTARAF DUNIA”

Misi

Kami berusaha untuk mengadakan pendidikan teknikal berasaskan kemahiran yang berkualiti tinggi agar memenuhi malah melangkaui kehendak pelanggan melalui penyediaan program akademik dan latihan kemahiran yang cemerlang.Kami berazam untuk meningkatkan bisnes kami secara berterusan melalui inovasi dan pembangunan teknologi.

 

Bagi merealisasikan hasrat ini, kami menyedari bahawa rakan sekerja adalah aset yang paling berharga. Kami bertanggungjawab untuk membangunkan potensi sebenar mereka melalui penglibatan dan kerja berpasukan dengan menyediakan persekitaran kondusif yang menggalakkan kreativiti dan inovasi.”

Falsafah

Ilmu adalah amanah Allah kepada manusia, sebagai khalifah di muka bumi, untuk dimanfaatkan. Penekanan terhadap ilmu gunaan dan penghayatannya yang berteraskan kepada nilai-nilai murni mampu melahirkan insan yang menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran sejagat.

Nilai Teras

  • Kekuatan hubungan dengan Allah (taqwa/ikhlas)
  • Kekuatan berpegang dan mempertahankan prinsip (amanah/istiqamah)
  • Kekuatan ijtihad (kreativiti/bijaksana)
  • Kesediaan menyahut dan menghadapi cabaran (cita-cita tinggi/berjiwa besar)